Mengenai Kaedah Pelarasan Kecerahan Imej dan Warna
Anda boleh melaraskan kecerahan, kontras, warna, dll. bagi imej dengan baris butang di bawah [Tetapan Imej] dalam helaian [Mod Lanjutan].
Item yang boleh dilaraskan diterangkan di bawah.
Kecerahan/Kontras [
]
Melaraskan kecerahan dan kontras (perbezaan antara bahagian cerah dan bahagian gelap) bagi imej. Jika anda mengurangkan kontras, perbezaan antara bahagian gelap dan terang dikurangkan dan imej lembut dihasilkan. Sebaliknya, jika anda menguatkannya, perbezaan antara bahagian gelap dan cerah bertambah dan imej lebih tajam dihasilkan.
Histogram [
]
Pengagihan kecerahan dalam imej dipaparkan sebagai graf. Dalam imej yang dipaparkan dalam pratonton, jika anda memilih bahagian yang anda inginkan paling cerah atau paling gelap, bermaksud sebagai standard, perisian boleh melaraskan imbangan antara bahagian cerah dan gelap bagi seluruh imej secara automatik. Dengan cara yang sama, anda juga boleh melaraskan imbangan kecerahan separuh ton sebagai standard.
Selain itu, dengan bahagian yang anda ingin nyatakan sebagai tidak berwarna (warna seperti hitam, kelabu dan putih tidak mempunyai rona) sebagai standard, anda boleh melaraskan semula ton warna dalam bahagian lain bagi imej. Contohnya, jika terdapat warna biru dalam bahagian bersalji bagi imej fotograf, memilih bahagian tersebut untuk menyatakannya dalam warna putih sebenar melaraskan seluruh imej ke arah warna mendekati alam semula jadi, dengan warna biru dikeluarkan.
Tetapan Keluk Ton [
]
Perubahan sebelum dan selepas pelarasan kecerahan dan kontras imej dipaparkan sebagai keluk.
Anda boleh melaraskan dengan memilih keluk ton yang didaftarkan.
Jika anda memberikan terlebih pendedahan, seluruh imej menjadi lebih cerah dan jika anda memberikan kurang pendedahan, seluruh imej menjadi lebih gelap. Jika anda menambah kontras, perbezaan antara bahagian cerah dan gelap diserlahkan, namun jika anda menukar imej kepada negatif, bahagian cerah dan gelap disongsangkan.
Ambang [
]
Melaraskan ambang imej hitam dan putih. Ambang ialah nilai yang menjadi sempadan membezakan hitam dan putih manakala warna ketumpatan di bawah standard yang diberikan dibezakan sebagai putih dan ketumpatan melebihi standard itu dibezakan sebagai hitam.
Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk menajamkan teks atau mengelakkan bleedthrough (fenomena apabila teks atau imej di belakang halaman diimbas) apabila mengimbas surat khabar dll.
Topik Berkaitan