Membuka Imej Pengimbas dengan Adobe DC
Jika Adobe Acrobat DC atau Adobe Reader DC dipasang dalam komputer anda, anda boleh melihat imej yang diimbas sebagai PDF.
1.
Tetapkan dokumen asli dalam peranti.
2.
Dalam skrin utama bagi MF Scan Utility, pilih peranti yang anda gunakan dari [Pengimbas] → klik [Tetapan].
3.
Klik butang ikon bagi objektif dalam helaian [
] (Mengimbas dari komputer) bagi kotak dialog [Tetapan].
Klik salah satu [Imbasan Dokumen]/[Imbasan Foto]/[Imbasan Tersuai]/[Imbas dan Jahit]/[ScanGear].
4.
Pilih [Hantar ke aplikasi] dalam [Tetapan Aplikasi].
5.
Klik [Tambah] → pilih Adobe Acrobat DC atau Adobe Reader DC → klik [OK].
NOTA Aplikasi yang telah dipilih dengan menekan [Tambah] akan dipaparkan dalam senarai juntai bawah pada kali seterusnya anda mengkonfigurasi destinasi pemajuan.
6.
Dalam skrin utama bagi MF Scan Utility, klik butang ikon bagi objektif.
Pengimbasan bermula.
Imej yang diimbas dipaparkan dalam format PDF dalam Adobe Acrobat DC atau Adobe Reader DC. Jika perlu, anda boleh melakukan operasi seperti menyimpan, mengedit, mencetak, dll. dalam fail PDF.
Topik Berkaitan