> Masalah Lain > Bunyi Bising yang Pelik Apabila Mesin Dimulakan atau semasa Mencetak
441S-087

Bunyi Bising yang Pelik Apabila Mesin Dimulakan atau semasa Mencetak

Kemungkinan berpunca apabila terdapat objek asing di dalam mesin atau kertas yang sesuai tidak digunakan. Semak yang berikut.
NOTA
Walaupun bunyi bising yang kuat atau bunyi bising tiba-tiba mungkin berlaku sebelum, semasa, atau selepas mencetak, ini bukanlah masalah atau kegagalan berfungsi mesin.

Adakah terdapat cebisan kertas atau beg plastik atau sebarang objek asing lain di dalam mesin?

Semak sama ada terdapat cebisan kertas atau beg plastik atau objek asing di dalam mesin.

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Semak kertas boleh digunakan, dan gantikan dengan kertas bersesuaian.

Adakah kertas dimuatkan dengan betul?

Periksa sama ada kertas dimuatkan dengan betul.  

Adakah kartrij toner dipasang dengan betul?

Pasang semula kartrij toner.  

Adakah anda menggunakan kartrij toner Canon yang asli?

Hanya katrij toner Canon tulen boleh digunakan sebagai kartrij toner gantian.