> Masalah dengan Penyalinan/Pencetakan > Percetakan Kelihatan Perlahan
441S-018

Percetakan Kelihatan Perlahan

Kemungkinan berpunca daripada ruang memori kosong yang semakin kurang. Semak yang berikut.
NOTA
Fenomena berikut adalah antara ciri mesin dan oleh itu, ia bukan suatu kejadian yang luar biasa.
Ia mengambil masa sehingga halaman pertama dicetak.
Kelajuan pencetakan mungkin lebih perlahan bergantung pada orientasi kertas yang dimuatkan. Jika boleh, tukar orientasi kertas.
Selepas sesi pencetakan yang berterusan atau pencetakan di atas kertas yang sempit, kelajuan pencetakan semakin berkurang atau pencetakan dihentikan untuk membolehkan pelarasan suhu unit utama atau pelarasan kualiti imej.
Apabila pencetakan dihentikan, tunggu seketika. Apabila pelarasan telah selesai, pencetakan diteruskan.

Adakah ruang memori kosong semakin kurang?

Cetak, hantar atau padam data simpanan yang tidak perlu dalam memori.  

Adakah anda menggunakan fungsi Cetakan Selamat?

Jika anda tidak menggunakan fungsi Cetakan SeIamat, anda disarankan untuk menetapkan <Gunakan Cetakan Selamat> kepada <Tak Akt>.