> Apabila Anda Tidak Dapat Mencetak dengan Betul > Kertas Berkedut atau Bergulung > Kertas Berkedut
51RJ-020

Kertas Berkedut

Kemungkinan berpunca apabila terdapat kertas yang tidak dimuatkan dengan betul atau kertas yang sesuai tidak digunakan. Semak yang berikut.

Adakah kertas dimuatkan dengan betul?

Jika kertas tidak dimuatkan di bawah garis had muatan atau dimuatkan tidak langsung, ia boleh berkedut.  

Adakah anda menggunakan kertas yang telah menyerap kelembapan?

Gantikan dengan kertas yang bersesuaian.  

Adakah masalah ini berlaku apabila mencetak pada kertas biasa atau kertas nipis? (LBP664Cx)

Tukar tetapan <Pembetulan Kertas Berkedut>. Kesan peningkatan lebih kuat dengan <Mod 2> berbanding <Mod 1>. Cuba dahulu dengan <Mod 1>.  
NOTA
Menetapkan kesan peningkatan yang lebih besar boleh menyebabkan cetakan pudar atau kelajuan percetakan perlahan.

Adakah masalah ini berlaku apabila mencetak di atas sampul atau kertas nipis? (LBP623Cdw / LBP621Cw)

Tukar tetapan <Pembetulan Kertas Berkedut>. <Mod 1> lebih berkesan untuk sampul surat. <Mod 2> memberikan peningkatan yang lebih kuat, dan berkesan untuk sampul surat dan kertas nipis. Cuba dahulu <Mod 1>.  
NOTA
Bila <Mod 1> atau <Mod 2> adalah ditentukan, imej bercetak mungkin akan kabur.

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Periksa kertas boleh guna dan gantikan dengan kertas yang bersesuaian.