> Apabila Anda Tidak Dapat Mencetak dengan Betul > Kertas Berkedut atau Bergulung > Kertas Bergulung
51RJ-021

Kertas Bergulung

Kemungkinan berpunca apabila terdapat kertas yang sesuai tidak digunakan. semak yang berikut.

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Semak kertas boleh guna dan gantikan dengan kertas sesuai. Juga, tentukan tetapan saiz dan jenis kertas dengan betul.
Tukar tetapan <Pembetulan Kertas Bergulung>. Kesan peningkatan lebih kuat dengan <Mod 2> berbanding <Mod 1>. Cuba dahulu dengan <Mod 1>.  
NOTA
Menetapkan kesan peningkatan yang lebih besar boleh menyebabkan cetakan pudar atau kelajuan percetakan perlahan.
Muat semula kertas dengan menukar bahagian untuk mencetak (bahagian hadapan/bahagian belakang).
PENTING
Dalam kes-kes yang jarang berlaku gejala boleh menjadi lebih buruk bergantung kepada kertas. Jika ini berlaku, tukar bahagian untuk mencetak di belakang ke bahagian sebelumnya.

Adakah anda menggunakan kertas yang telah menyerap kelembapan?

Gantikan dengan kertas yang bersesuaian.  
Tukar tetapan kepada <Jenis Kertas> ke tetapan kertas nipis. Sebagai contoh, jika tetapan semasa <Biasa 1>, tukar kepada <Nipis 1>.
Tukar tetapan <Pembetulan Kertas Bergulung>. Kesan peningkatan lebih kuat dengan <Mod 2> berbanding <Mod 1>. Cuba dahulu dengan <Mod 1>.  
NOTA
Menetapkan kesan peningkatan yang lebih besar boleh menyebabkan cetakan pudar atau kelajuan percetakan perlahan.

Adakah anda menggunakan mesin dalam persekitaran dengan kelembapan tinggi? (LBP664Cx)

Tetapkan <Kurang Pnetapn Toner Noda 2> kepada <Mod 1> mungkin akan menyelesaikan masalah.  
NOTA
Jika anda tetapkan kepada <Mod 1>, cetakan mungkin pudar.