> Mencetak (Windows) > [Windows] Tidak boleh menemui peranti yang disambungkan melalui port WSD
518K-002

[Windows] Tidak boleh menemui peranti yang disambungkan melalui port WSD

Ketika pemasangan dengan sambungan rangkaian, jika peranti tidak dipaparkan di pemasang walaupun jika ia disambungkan melalui port WSD dan penemuan dicuba, peranti dan tetapan rangkaian mungkin tidak betul.
Semak yang berikut untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Adakah tetapan peranti betul?

Tetapan mestilah dikonfigurasi pada peranti untuk menemui peranti yang disambungkan melalui port WSD.
Pasang pemacu yang bersesuaian selepas mengubah tetapan berikut pada peranti.
Dayakan kedua-dua [Guna WSD] dan [Tetapan Penemuan Multisiar]
Jadikan tetapan dalam [Pemilihan PDL (Pasang dan Main)] sepadan dengan bahasa penerangan halaman pemacu
Untuk butiran mengenai kaedah penetapan bagi fungsi bahasa penerangan halaman (pasang dan main) peranti, sila rujuk manual peranti.

Adakah tetapan rangkaian sistem operasi betul?

Tetapan yang bersesuaian mestilah dikonfigurasi di tetapan rangkaian sistem operasi untuk menemui peranti yang disambungkan melalui port WSD.
Ikut prosedur di bawah untuk mengkonfigurasi tetapan.
1
Paparkan [Tetapan]  [Rangkaian dan Internet], dalam Windows.
2
Klik [Ubah sifat sambungan] di [Status] → pilih [Peribadi] di [Profil rangkaian].

Adakah pemacu yang bersepadan dengan peranti untuk ditemui telah dipasang?

Peranti tidak dipaparkan dalam hasil penemuan jika pemacu yang sepadan dengan peranti untuk ditemui telah pun dipasang.
Nyahpasang pemacu, dan kemudian laksanakan penemuan semula.