98K0-013
Meningkatkan Keselamatan untuk Menghalang Orang Lain Mencetak Dokumen (Cetakan Selamat) (macOS) (MF756Cx / MF752Cdw / MF469x / MF465dw / MF461dw)
Cara untuk menetapkan PIN semasa mencetak dokumen daripada komputer supaya orang lain tidak boleh mencetak dokumen tanpa memasukkan PIN pada panel kawalan mesin diterangkan di sini.
Jalankan langkah 1 hingga langkah 3.
Langkah 1 Mendayakan Cetakan Selamat dalam komputer
1
Klik [System Preferences]

[Printers & Scanners].
2
Pilih mesin ini dari senarai pencetak.
3
Klik [Options & Supplies].
4
Pada tab [Pilihan], pilih kotak semak [Secured Print], dan klik [OK].
Langkah 2 Menetapkan PIN semasa mencetak daripada komputer
1
Pilih [Print] di menu [Fail] aplikasi.
2
Pilih mesin di [Pencetak].
3
Pilih [Special Features] di menu timbul.
4
Dalam [Job Processing], pilih [Secured Print].
5
Klik [Cetak].
6
Masukkan [Document Name], [User Name], dan [PIN], dan klik [OK].
Data cetakan dihantar ke mesin, dan disimpan dalam memori sebagai dokumen menunggu.
NOTA
Jika anda membiarkan dokumen selamat tidak dicetak, ia memenuhi memori dan mungkin menghalang pencetakan biasa. Adalah disyorkan untuk mencetak dokumen selamat dengan segera.
Anda boleh menyemak jumlah memori yang dokumen selamat gunakan.
<Pgawas Status>  <Maklumat Peranti>  <Pnggunan Ingatn Cetakn Selamat> |
Langkah 3 Masukkan PIN pada mesin untuk mencetak
1
Pilih <Cetakn Selamat> di skrin Rumah.
2
Pilih dokumen selamat untuk dicetak dan pilih <Mula>.
Anda boleh memilih dan mencetak berbilang dokumen selamat jika ia dilindungi oleh PIN yang sama.
Jika skrin untuk memilih pengguna muncul, pilih nama pengguna anda.
Apabila anda ingin memadamkan dokumen selamat, pilih dokumen selamat dan kemudian pilih<Padam>.
3
Masukkan PIN dan pilih <Guna>.
Jika anda memilih berbilang dokumen dengan PIN yang berbeza dalam langkah 2, mesej dipaparkan. Pilih <Tutup>, dan kemudian pilih dokumen selamat sekali lagi dalam langkah 2.
Pencetakan bermula.