> Mencetak > Meningkatkan Keselamatan untuk Menghalang Orang Lain Mencetak Dokumen (Cetakan Selamat) (macOS) (LBP674Cx / LBP673Cdw / LBP248x / LBP246dw)
9FS3-007

Meningkatkan Keselamatan untuk Menghalang Orang Lain Mencetak Dokumen (Cetakan Selamat) (macOS) (LBP674Cx / LBP673Cdw / LBP248x / LBP246dw)

Cara untuk menetapkan PIN semasa mencetak dokumen daripada komputer supaya orang lain tidak boleh mencetak dokumen tanpa memasukkan PIN pada panel kawalan mesin diterangkan di sini.
Jalankan langkah 1 hingga langkah 3.

Langkah 1 Mendayakan Cetakan Selamat dalam komputer

1
Klik [System Preferences] [Printers & Scanners].
2
Pilih mesin ini dari senarai pencetak.
3
Klik [Options & Supplies].
4
Pada tab [Pilihan], pilih kotak semak [Secured Print], dan klik [OK].

Langkah 2 Menetapkan PIN semasa mencetak daripada komputer

1
Pilih [Print] di menu [Fail] aplikasi.
2
Pilih mesin di [Pencetak].
3
Pilih [Special Features] di menu timbul.
4
Dalam [Job Processing], pilih [Secured Print].
5
Klik [Cetak].
6
Masukkan [Document Name], [User Name], dan [PIN], dan klik [OK].
Data cetakan dihantar ke mesin, dan disimpan dalam memori sebagai dokumen menunggu.
NOTA
Dokumen selamat dipadamkan secara automatik selepas tempoh sahnya telah berlalu. Jika anda ingin menukar tempoh sah, lihat Dokumen yang Dicetak daripada Komputer Tiada di Mesin (Cetakan Selamat) (LBP674Cx / LBP673Cdw / LBP248x / LBP246dw).
Jika anda membiarkan dokumen selamat tidak dicetak, ia memenuhi memori dan mungkin menghalang pencetakan biasa. Adalah disyorkan untuk mencetak dokumen selamat dengan segera.
Anda boleh menyemak jumlah memori yang dokumen selamat gunakan.
<Pgawas Status> ( <Maklumat Peranti>/<Status Peranti>  <Pnggunan Ingatn Cetakn Selamat>

Langkah 3 Masukkan PIN pada mesin untuk mencetak

1
Pilih <Cetakn Selamat> di skrin Rumah.
2
Pilih dokumen selamat untuk dicetak.
Pada model panel sentuhan, pilih kotak semak bagi dokumen selamat untuk dicetak, dan pilih <Mula>. Anda boleh memilih dan mencetak berbilang dokumen selamat yang dilindungi oleh PIN yang sama.
Jika skrin untuk memilih pengguna muncul, pilih nama pengguna anda.
Apabila menggunakan model panel sentuhan, anda boleh memilih dan memadamkan berbilang dokumen selamat pada masa yang sama. Pilih kotak semak bagi dokumen selamat untuk dipadamkan, dan pilih <Padam>.
3
Masukkan PIN, dan tekan <Guna> ().
Jika anda memilih berbilang dokumen dengan PIN yang berbeza dalam langkah 2, mesej dipaparkan. Pilih <Tutup>, dan kemudian pilih dokumen selamat sekali lagi dalam langkah 2.
Pencetakan bermula.