Helaian [Suapan Kertas]
Anda boleh menetapkan jenis kertas dan sumber kertas.
[Pilih Kertas Mengikut]
Menetapkan sama ada untuk menentukan kertas untuk dicetak mengikut sumber kertas atau mengikut jenis kertas.
Jika anda mengklik [Tetapan], anda boleh menetapkan jenis kertas semasa merujuk butiran mengenainya.
[Sumber Kertas]
Menentukan kertas untuk dicetak mengikut sumber kertas. Jika anda memilih [Auto], sumber kertas yang sepadan dengan saiz kertas output dipilih secara automatik.
[Maklumat Sumber Kertas]
Paparkan maklumat tentang kertas yang ditetapkan dalam sumber kertas.
Jika anda mengklik [Segar semula], maklumat tentang sumber kertas yang ditetapkan dalam peranti akan didapatkan semula dan dipaparkan dalam [Senarai Sumber Kertas] dan [Maklumat Lain].
[Nama Kertas]
Menentukan sumber kertas untuk digunakan apabila [Auto] dipilih daripada [Sumber Kertas]. Untuk menggunakan tetapan ini, anda perlu mendaftar nama kertas yang sepadan dengan sumber kertas dalam peranti terlebih dahulu, dan untuk mendapatkan maklumat peranti.
[Jenis Kertas]
Menentukan kertas untuk dicetak mengikut jenis kertas.
[Tetapan]
Membolehkan anda menentukan jenis kertas.
Jika anda mengklik [Segar semula], maklumat tentang kertas yang ditetapkan dalam peranti akan didapatkan semula dan dipaparkan dalam [Jenis Kertas] dan [Maklumat Lain].
Jika anda telah menentukan kertas tab, saiz kertas tab dan butiran tentang pencetakan pada bahagian tab akan ditetapkan dalam [Saiz Kertas Tab] dan [Ofset posisi pencetakan] masing-masing.
[Sumber Kertas untuk Transparensi]
Menentukan sumber kertas untuk transparensi.
[Helaian Kulit]
Menetapkan sama ada untuk memasukkan helaian kertas antara transparensi. Untuk mencetak pada helaian yang diselit, pilih [Cetak pada helaian kulit]. Kandungan sama yang dicetak pada transparensi akan dicetak pada helaian yang diselit.
[Sumber Kertas untuk Helaian Kulit]
Menentukan sumber kertas mengandungi kertas yang akan digunakan apabila [Hidup] atau [Cetak pada helaian kulit] dipilih daripada [Helaian Kulit].
[Salinan Karbon]
Mencetak satu salinan daripada berbilang sumber kertas yang ditentukan.
Fungsi ini berguna apabila anda ingin mencetak satu salinan dokumen pada kertas berkualiti tinggi untuk pelanggan dan satu salinan pada kertas kitar semula untuk simpanan sendiri.
Fungsi tersebut boleh digunakan apabila tetapan selain [Auto] dipilih daripada [Sumber Kertas]. Tentukan sumber kertas lain dalam [Salinan Karbon] > [Tetapan].
Apabila fungsi ini didayakan, satu salinan sentiasa dicetak daripada setiap sumber kertas yang ditentukan tanpa mengira tetapan dalam helaian [Pratonton] > [Salinan].
Topik Berkaitan