Mencetak Senarai Tetapan

Anda boleh mencetak senarai tetapan daripada Tetingkap Status Pencetak. Ini memudahkan apabila anda ingin mencetak senarai jenis fon PCL atau senarai tetapan penjimatan kuasa atau tetapan konfigurasi lain untuk mesin. Senarai tetapan diformatkan untuk cetakan pada kertas saiz A4. Sebelum bermula, muatkan kertas saiz A4 ke dalam laci. Memuatkan Kertas di Dalam Laci  
Anda juga boleh menggunakan kunci  (kertas) mesin untuk mencetak Senarai Data Pengguna. Melihat Tetapan Rangkaian
Menetapkan bahasa untuk mencetak
Dalam menu [Pilihan] Tetingkap Status Pencetak  [Tetapan Peranti]  [Pilih Bahasa untuk Senarai Data Pengguna] kotak dialog, anda boleh menentukan bahasa untuk mencetak Senarai Data Pengguna.
1
Pilih mesin dengan mengklik dalam dulang sistem.
2
Pilih [Pilihan]  [Utiliti]  [Senarai Data Pengguna] atau [Senarai Fon PCL].
[Senarai Data Pengguna]
Mencetak senarai tetapan untuk semua pilihan mesin, maklumat versi mesin dan lain-lain.
[Senarai Fon PCL]
Mencetak jenis fon dan imej yang boleh digunakan bersama fungsi PCL.
3
Klik [OK].
 
Contoh output: [Senarai Data Pengguna]
Contoh output: [Senarai Fon PCL]
111X-045