Mengkonfigurasi Pencetakan daripada Komputer

Apabila menggunakan mesin sebagai pencetak rangkaian, anda boleh mengkonfigurasi protokol dan port yang digunakan untuk pencetakan. Sebelum bermula, pastikan anda telah melengkapkan semua persediaan asas untuk mencetak. Untuk maklumat lanjut, lihat Panduan Pemasangan Pemacu Pencetak.
Protokol pencetakan adalah peraturan bagi menghantar data dokumen yang telah dicipta pada komputer kepada mesin. Anda boleh memilihnya berdasarkan tujuan pencetakan atau persekitaran rangkaian.
Port adalah get laluan untuk data cetakan daripada komputer kepada mesin. Tetapan port yang tidak betul lazimnya punca dokumen tidak dapat dicetak daripada rangkaian komputer.
Menetapkan Pelayan Pencetak
Dengan menyediakan pelayan cetak di rangkaian, anda boleh mengurangkan beban komputer yang mencetak. Hal ini juga membolehkan anda memasang pemacu pencetak melalui rangkaian, yang mengelakkan kesukaran memasang pemacu pada setiap komputer menggunakan DVD-ROM. Untuk maklumat mengenai cara menyediakan pelayan cetak, lihat Panduan Pemasangan Pemacu Pencetak.
111X-025