
![]() |
|
Jangan buang kartrij toner yang telah digunakan ke dalam api terbuka. Juga, jangan simpan kartrij toner atau kertas di lokasi yang terdedah kepada api terbuka. Ia boleh menyebabkan toner atau kertas untuk menyala dan menyebabkan luka terbakar atau kebakaran.
Jika anda secara tidak sengaja tertumpah atau terpercik toner, sapu atau lap dengan kain lembap secara berhati-hati dan elakkan daripada menyedut sebarang debu toner. Jangan gunakan pembersih vakum untuk membersihkan toner yang tinggal melainkan ia dilengkapi dengan langkah keselamatan untuk mengelakkan letupan debu. Melakukan demikian boleh menyebabkan kerosakan pada pembersih vakum atau berlakunya letupan habuk akibat pelepasan statik.
Jika anda menggunakan perentak jantungKartrij toner ini menghasilkan fluks magnet tahap rendah. Jika anda menggunakan perentak jantung dan berasa tidak selesa, sila jauhkan diri daripada kartrij toner dan berjumpa dengan doktor anda dengan segera.
|
![]() |
|
Berhati-hati supaya tidak menyedut toner. Jika anda tersedut toner, berjumpa dengan doktor dengan segera.
Berhati-hati supaya toner tidak masuk ke dalam mata atau mulut anda. Jika toner masuk ke dalam mata atau mulut anda, segera cuci dengan air sejuk dan berjumpa dengan doktor.
Berhati-hati supaya toner tidak terkena kulit anda. Jika terkena, cuci dengan sabun dan air sejuk. Jika kulit anda terasa gatal, berjumpa dengan doktor dengan segera.
Jauhkan kartrij toner dan bahan guna habis lain daripada capaian kanak-kanak. Jika toner ditelan, berjumpa dengan doktor atau pusat kawalan racun dengan segera.
Jangan buka atau ubah suai kartrij toner. Melakukan demikian boleh menyebabkan toner berselerak.
Tanggalkan pita pengedap kartrij toner sepenuhnya tanpa menggunakan kekerasan. Melakukan sebaliknya boleh menyebabkan toner berselerak.
|
![]() |
Mengendalikan kartrij tonerPastikan anda menggunakan pemegang untuk memegang kartrij toner.
![]() Jangan sentuh bahagian sentuhan elektrik (
) atau memori kartrij toner ( ). Jangan buka pengatup perlindungan gelendong ( ). Melakukan demikian mungkin akan mencalarkan permukaan gelendong atau mendedahkannya kepada cahaya. ![]() Kartrij toner adalah produk yang bermagnet. Jauhkannya daripada cakera liut, pemacu cakera dan peranti lain yang boleh dipengaruhi oleh kemagnetan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kehilangan data.
Menyimpan kartrij tonerUntuk memastikan keselamatan dan prestasi yang memuaskan, simpan kartrij toner dalam keadaan persekitaran berikut.
Julat suhu penyimpanan: 0 hingga 35 °C Julat kelembapan penyimpanan: 35 hingga 85% RH (kelembapan relatif), tiada pemeluwapan* Simpan tanpa membuka sehingga kartrij toner akan digunakan.
Apabila mengeluarkan kartrij toner daripada mesin ini untuk penyimpanan, letakkan kartrij toner yang dikeluarkan tersebut ke dalam beg pelindung asal atau balut dengan kain yang tebal.
Apabila menyimpan kartrij toner, jangan simpan ia secara menegak atau terbalik. Toner mungkin menjadi pepejal dan tidak akan kembali kepada keadaan asal walaupun digoncang.
* Walaupun dalam julat kelembapan simpanan yang sesuai, titisan air (pemeluwapan) mungkin terhasil di dalam kartrij toner jika terdapat perbezaan suhu di dalam dan di luar kartrij toner. Pemeluwapan di dalam kartrij toner akan menjejaskan kualiti cetakan.
Jangan simpan kartrij toner di lokasi berikutLokasi yang terdedah kepada api terbuka
Lokasi terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya yang terang selama lima minit atau lebih lama
Lokasi terdedah kepada udara masin yang berlebihan
Lokasi yang terdapat gas menghakis (iaitu semburan aerosol dan ammonia)
Lokasi yang terdedah kepada suhu tinggi dan kelembapan tinggi
Lokasi yang terdedah kepada perubahan suhu atau kelembapan mengejut yang mungkin akan memudahkan pemeluwapan
Lokasi dengan debu yang banyak
Lokasi yang senang dicapai oleh kanak-kanak
Berhati-hati dengan kartrij toner yang palsuSila ambil perhatian bahawa terdapat kartrij toner Canon yang palsu di pasaran. Penggunaan kartrij toner yang palsu mungkin mengakibatkan kualiti cetakan yang rendah atau prestasi mesin yang tidak baik. Canon tidak bertanggungjawab atas sebarang kepincangan, kemalangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan kartrij toner palsu.
Untuk maklumat lanjut, lihat canon.com/counterfeit.
Ketersediaan alat ganti pembaikan dan kartrij tonerAlat ganti pembaikan dan kartrij toner untuk mesin ini akan disediakan untuk sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun selepas pengeluaran model mesin ini dihentikan.
Bahan pembungkusan kartrij tonerSimpan beg pelindung untuk kartrij toner. Ia diperlukan apabila mengangkut mesin ini.
Bahan pembungkusan mungkin akan diubah dari segi bentuk atau penempatan, atau mungkin ditambah atau dibuang tanpa notis.
Lupuskan pita pengedap yang telah ditanggalkan mengikut peraturan tempatan.
Pelupusan kartrij toner yang telah digunakanLetakkan kartrij toner ke dalam beg pelindung untuk mengelakkan toner daripada berselerak dan kemudian lupuskan kartrij toner itu mengikut peraturan tempatan.
|