Tidak boleh menemui peranti yang disambungkan melalui port WSD
Ini menerangkan perkara yang harus dilakukan jika peranti tidak dipaparkan dalam [Senarai Pencetak] pemasang walaupun telah disambungkan dan ditemui melalui port WSD, semasa memasang dengan sambungan rangkaian.
Terdapat beberapa punca yang boleh dipertimbangkan. Tukar tetapan seperti yang diperlukan sambil merujuk kepada setiap "Remedi".
Punca 1.
Tetapan peranti belum dikonfigurasikan dengan betul.
Remedi
Semak sama ada perkara berikut telah ditetapkan pada peranti. Jika belum ditetapkan, ubah tetapan.
Kedua-dua [Guna WSD] dan [Tetapan Penemuan Multisiar] ditetapkan kepada HIDUP.
"UFR II", "PCL6" atau "PS3" dipilih untuk [Pemilihan PDL (Pasang dan Main)].
Rujuk manual peranti untuk butiran.
Punca 2.
Tetapan rangkaian bagi sistem pengendalian tidak dikonfigurasikan dengan betul.
Remedi
Semak sama ada tetapan yang perlu telah dikonfigurasikan dalam tetapan rangkaian bagi sistem pengendalian. Jika belum ditetapkan, ubah tetapan itu.
Dalam Windows 10
[Seting] > [Rangkaian dan Internet] → klik ikon yang dipaparkan dalam kaedah sambungan kepada rangkaian semasa → dayakan [Jadikan PC ini boleh ditemui].
Dalam Windows 7/8/8.1/Server 2012/Server 2012 R2
Daripada skrin [Desktop], paparkan bar butang capaian → [Seting] > [Tukar seting PC] > [Rangkaian] → klik ikon yang dipaparkan dalam kaedah sambungan kepada rangkaian semasa → dayakan [Cari peranti dan kandungan].
Dalam Windows Vista/Server 2008
[Panel Kawalan] > [Rangkaian dan Internet] > [Pusat Rangkaian dan Perkongsian] → klik butang yang dipaparkan di sebelah kanan [Penemuan rangkaian] dalam [Perkongsian dan Penemuan] → pilih [Hidupkan penemuan rangkaian].
Punca 3.
Peranti tidak dipaparkan dalam hasil penemuan kerana pemacu yang sepadan dengan peranti yang ditemui telah pun dipasang.
Remedi
Jika anda mahu memasang pemacu dengan menemui peranti, nyahpasang pemacu dahulu, kemudian temuinya sekali lagi.
Topik Berkaitan