Mengenai Pemacu Ini

Pemacu ini ialah pemacu pencetak untuk Windows bagi peranti Canon. Jika anda menggunakan pemacu ini, anda boleh mengkonfigurasikan tetapan cetak yang terperinci.
Selain itu, jika anda menggunakan Canon Driver Information Assist Service, anda boleh mendapatkan maklumat peranti, menggunakan pelbagai fungsi pilihan peranti dan menggunakan fungsi pengurusan jabatan untuk mendapatkan maklumat pengesahan semasa mencetak.
Dalam manual ini, fungsi untuk mendapatkan maklumat peranti menggunakan Canon Driver Information Assist Service dirujuk sebagai fungsi perolehan maklumat peranti.
Maklumat peranti boleh didapati menggunakan Canon Driver Information Assist Service seperti berikut.
Maklumat pilihan
Maklumat tentang pilihan (laci bekalan kertas, penyudah, dll.) yang dipasang dalam peranti.
Maklumat penentukuran
Maklumat diperoleh apabila anda memerlukan maklumat pilihan peranti atau melakukan cetakan berwarna.
Maklumat pengesahan semasa melakukan cetakan pengurusan jabatan
Maklumat pengesahan diperlukan apabila anda mencetak menggunakan fungsi pengurusan jabatan.
Maklumat pengurusan pengesahan pengguna
Maklumat pengurusan pengesahan diperlukan apabila anda mencetak menggunakan fungsi pengurusan pengguna.
Maklumat kertas
Maklumat saiz kertas (saiz kertas tersuai) yang ditetapkan oleh pengguna yang didaftarkan dalam peranti.
Maklumat sokongan penyulitan
NOTA
Beberapa fungsi dalam perisian pemacu yang disertakan dalam CD-ROM yang ada mungkin tidak boleh digunakan, bergantung pada sistem pengendalian. Versi terbaru terdapat di tapak web Canon. Sahkan persekitaran pengendalian anda dll. dan muat kini jika perlu.