Menetapkan Fungsi Sokongan Peranti

Ini menerangkan prosedur untuk menggunakan fungsi yang disokong oleh peranti. Fungsi yang boleh digunakan dalam mencetak berbeza-beza mengikut versi fungsi peranti dan fungsi yang bergantung pada peranti.

Prasyarat

Sahkan bahawa syarat yang berikut telah dipenuhi. Lengkapkan operasi penyediaan.
Pemasangan Pemacu
Sahkan versi fungsi
Anda boleh mengesahkan dengan output halaman konfigurasi dari peranti. Kaedah untuk menghasilkan output halaman konfigurasi berbeza-beza untuk setiap peranti. Rujuk manual peranti untuk butiran.

Prosedur

1.
Pilih [Peranti dan Pencetak].
Untuk Windows 10:
Pilih [Seting] > [Peranti] > [Pencetak dan pengimbas] > [Tetapan berkaitan] > [Peranti dan Pencetak].
Untuk Windows 8/8.1/Server 2012/Server 2012 R2:
Paparkan bar butang capaian dalam skrin [Desktop] → klik [Seting] > [Panel Kawalan] > [Perkakasan dan Bunyi] > [Peranti dan Pencetak].
Untuk Windows Vista/Server 2008:
Pilih [] (Mula) > [Panel Kawalan] > [Pencetak].
2.
Klik kanan ikon peranti untuk ditetapkan → klik [Sifat Pencetak] atau [Sifat].
3.
Klik helaian [Tetapan Peranti].
4.
Klik [Fungsi] → konfigurasi tetapan seperti yang diperlukan dalam skrin tetapan fungsi peranti → klik [OK].
Jika anda menukar versi fungsi, sesetengah fungsi mungkin tidak boleh digunakan lagi.
5.
Klik [OK].