Mengemas Kini Pemacu

Ini menerangkan prosedur untuk mengemas kini pemacu yang dipasang kepada versi baharu.
Anda juga boleh mengemas kini pemacu alternatif yang dipasang dalam klien pelayan cetakan. Namun, jika anda menggunakan pemacu yang dikemas kini pada pelayan cetakan daripada klien, nyahpasang pemacu yang anda gunakan dan pasang semula.

Prasyarat

Sahkan bahawa syarat yang berikut telah dipenuhi. Lengkapkan operasi penyediaan.
Pemasangan Pemacu
Dapatkan pemasang
Anda boleh memuat turun pemasang kemas kini dari laman web Canon (http://www.canon.com/).
Semasa memulakan komputer, log masuk sebagai ahli Pentadbir.
Paparan skrin [Desktop] (semasa menggunakan Windows 8/8.1/Server 2012/Server 2012 R2)

Prosedur

1.
Mulakan pemasang.
Klik dua kali fail yang dimuat turun untuk menyahmampat fail itu. Jika pemasang tidak bermula secara automatik selepas dinyahmampat, klik dua kali [Setup.exe].
2.
Baca perjanjian lesen → klik [Ya].
3.
Pilih [Tersuai] → klik [Seterusnya] dalam mesej yang dipaparkan.
4.
Pilih [Kemas kini Pemacu Pencetak Sedia Ada] untuk [Proses untuk Memasang Pemacu Pencetak] → klik [Seterusnya].
[Canon Driver Information Assist Service]: Pilih ini apabila anda ingin menggunakan fungsi pemulihan maklumat peranti.
5.
Semak [Senarai Pencetak untuk Pemasangan Pemacu] → klik [Mula].
6.
Klik [Keluar].
Mulakan semula komputer anda apabila mesej yang menggesa anda berbuat demikian dipaparkan.
NOTA
Jika anda menggunakan pemasang untuk memasang pemacu, anda boleh mengemas kini pemacu sedia ada pada masa yang sama anda memasang pemacu baharu.

Topik Berkaitan