Keperluan Sistem

Ini menerangkan persekitaran sistem yang diperlukan untuk menggunakan pemacu MF.

Sistem Pengendalian

Windows 7/8.1/10
Windows Server 2008/2008 R2/2012/2012 R2/2016
Pemacu pengimbas dan MF Scan Utility hanya menyokong Windows 7/8.1/10.
Pemacu pencetak dan pemacu faks hanya disokong dalam persekitaran rangkaian dalam kes sistem pengendalian Pelayan.
Sesetengah pemacu pencetak dan pemacu faks mungkin tidak dibekalkan bergantung pada peranti yang anda gunakan, negara anda atau wilayah anda.
NOTA
Untuk status sokongan sistem pengendalian dan pek perkhidmatan terbaru, semak tapak web Canon (http://www.canon.com/).
Untuk mendapatkan butiran tentang persekitaran sistem yang diperlukan untuk perisian selain daripada MF Scan Utility, rujuk fail Readme untuk perisian yang berkenaan.

Kombinasi Bahasa Pemacu dan Bahasa Paparan Sistem Pengendalian

Bergantung pada kombinasi bahasa pemacu yang disokong dan bahasa paparan sistem pengendalian, operasi yang betul mungkin tidak dijamin. Anda disyorkan agar memasang dengan bahasa yang dipilih secara lalai apabila pemasang dimulakan.

Bahasa Pemacu Yang Disokong

Bahasa Inggeris / Bahasa Arab / Bahasa Basque / Bahasa Catalan / Bahasa Cina Ringkas / Bahasa Cina Tradisional / Bahasa Czech / Bahasa Denmark / Bahasa Belanda / Bahasa Finland / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Hungary / Bahasa Itali / Bahasa Jepun / Bahasa Korea / Bahasa Melayu / Bahasa Norway / Bahasa Poland / Bahasa Portugis / Bahasa Rusia / Bahasa Slovakia / Bahasa Sepanyol / Bahasa Sweden / Bahasa Thai / Bahasa Turki / Bahasa Vietnam

Skop Operasi Terjamin

Bahasa sistem pengendalian yang disertakan dalam bahasa pemacu yang disokong
Bahasa sistem pengendalian yang tidak disertakan dalam bahasa pemacu yang disokong
Dipasang dengan bahasa yang sepadan dengan sistem pengendalian
Dijamin
--
Dipasang dengan bahasa yang tidak sepadan dengan sistem pengendalian
Dijamin*1
Tidak dijamin*2
Ditukar kepada bahasa yang tidak sepadan dengan sistem pengendalian selepas pemasangan
Dijamin*1
Tidak dijamin*2
*1 Reka letak mungkin terganggu atau pemacu mungkin tidak dipaparkan dengan betul.
*2 Operasi hanya dijamin apabila dipasang dengan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, reka letak mungkin terganggu atau pemacu mungkin tidak dipaparkan dengan betul.