Tidak Boleh Mendapatkan Status Pencetak atau Menggunakan Fungsi Pengurusan ID Jabatan atau Pengesahan Pengguna

Periksa perkara berikut sekiranya anda tidak boleh mendapat maklumat dari peranti seperti status peranti apabila anda mengklik [Dapatkan Status Peranti], atau ID atau PIN/kata laluan jabatan anda tidak dikenali.
Adakah pencetak beroperasi dengan betul?
Periksa status pencetak.
Adakah pencetak DIHIDUPKAN?
Adakah kabel dipasang dengan betul?
Adakah tetapan betul dibuat untuk persekitaran sambungan anda?
Untuk pencetak dikongsi dalam persekitaran pelayan mencetak:
Canon Driver Information Assist Service adalah diperlukan. Gunakan pemasang untuk pemacu bagi memasang Canon Driver Information Assist Service dalam komputer pelayan. Selain itu, TCP/IP mesti dipasang sebagai protokol dalam persekitaran anda. Jika TCP/IP tidak dipasang, pasangkannya dari CD-ROM untuk sistem operasi yang anda gunakan.
Untuk pencetak tempatan (disambung pada port USB dan sebagainya):
Dalam persekitaran ini, anda tidak boleh menggunakan fungsi ini. Anda mesti menggunakan persekitaran sambungan lain (seperti sambungan rangkaian, dll.).
Apabila menggunakan persekitaran port sambungan yang anda tidak boleh gunakan fungsi ini:
Anda tidak boleh menggunakan fungsi ini dengan persekitaran port sambungan yang berikut:
Persekitaran yang komputer disambungkan terus pada pencetak menggunakan SMB.
Persekitaran yang [Dayakan pengumpulan pencetak] dipilih dalam tab [Port] dari kotak dialog [Sifat].
Persekitaran yang komputer disambungkan pada pencetak menggunakan port Perkhidmatan Web pada Peranti (WSD).
Adakah nama pencetak terlalu panjang?
Sahkan bahawa nama pencetak tidak lebih panjang daripada nilai berikut. Jika demikian, fungsi ini tidak akan beroperasi dengan betul.
Nama untuk berkongsi pencetak: 260 aksara atau kurang.
Nama Pencetak: 209 aksara atau kurang.