Mengemas Kini Perisian Tegar
Anda boleh mengakses versi perisian tegar terkini di Internet dari komputer dan melakukan kemas kini dari komputer jika versi yang dipasang pada masa ini bukan yang terkini.
Apabila anda sudah memuat turun versi perisian tegar terkini dari laman web Canon, gunakan perisian utiliti "User Support Tool" untuk mengemas kini perisian tegar dari komputer. Untuk cara melakukan kemas kini perisian tegar dari komputer, lihat "User Support Tool Operation Guide" yang disertakan dengan perisian tegar.
|
Menyemak versi perisian tegar
|
Anda boleh menyemak versi perisian tegar pada Senarai Data Pengguna. Selepas selesai operasi kemas kini perisian tegar, pastikan bahawa kemas kini tersebut dilakukan dengan betul. Senarai Cetakan bagi Tetapan
|
Untuk Letakkan Mesin ke dalam Keadaan Menunggu Kemas Kini Perisian Tegar