Memuatkan Kertas di Dalam Laci

Muatkan kertas ke dalam laci.
Sentiasa muatkan kertas dalam orientasi potret
Kertas tidak boleh dimuatkan dalam orientasi landskap. Pastikan kertas dimuatkan dalam orientasi potret, sebagaimana yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah.
1
Buka laci.
Apabila menambah kertas
Apabila laci sudah terbuka dan penutup kertas ditutup, keluarkan penutup kertas.
2
Buka panduan kertas.
Sorongkan panduan kertas keluar.
3
Muatkan kertas dan sorongkan ia masuk sepenuhnya, sehingga ia menyentuh bahagian belakang.
Muatkan kertas dalam orientasi potret (dengan sisi pendek menghala ke mesin) dan sisi cetak ke atas. Kertas tidak boleh dimuatkan dalam orientasi landskap.
Sebelum memuatkannya, tebarkan tindanan kertas dengan elok, dan ketuk pada permukaan rata untuk meluruskan sisi.
Pastikan tindanan kertas dalam panduan had muatan
Pastikan tindanan kertas tidak melebihi panduan had muatan (). Memuatkan terlalu banyak kertas boleh mengakibatkan kertas tersekat.
Apabila memuatkan sampul atau kertas pracetak, lihat Memuatkan Sampul atau Memuatkan Kertas Pracetak.
4
Jajarkan panduan kertas dengan sisi kertas.
Jajarkan panduan kertas dengan kemas kepada sisi kertas.
 
Jajarkan panduan kertas dengan kemas kepada sisi kertas
Panduan kertas yang terlalu longgar atau ketat boleh mengakibatkan silap suapan atau sekatan kertas.
5
Gantikan penutup kertas.
Apabila melakukan pencetakan, buka penahan kertas dahulu supaya kertas output tidak jatuh daripada dulang output.

Selepas memuatkan semula kertas yang habis semasa pencetakan atau menetapkan semula kertas selepas pemberitahuan ralat kertas, tekan Kekunci kertas untuk memulakan semula pencetakan.
Mencetak pada Muka Belakang Kertas Dicetak (Cetakan Manual 2 Muka)
Anda boleh mencetak pada muka belakang kertas yang dicetak. Ratakan sebarang gulungan pada kertas yang dicetak dan masukkannya ke dalam laci dengan muka yang akan dicetak dihadapkan ke atas (muka yang telah dicetak menghadap ke bawah).
Muatkan hanya sehelai kertas setiap kali mencetak.
Anda hanya boleh menggunakan kertas yang dicetak dengan mesin ini.
Anda tidak boleh mencetak pada muka yang telah dicetak sebelum ini.
Jika anda menggunakan kertas saiz A5, muka belakang mungkin tidak dicetak dengan betul.
2FRL-00S