Skrin <Pengawas Status>

Apabila anda memilih <Pengawas Status>, satu skrin muncul di mana anda boleh menyemak perkembangan dokumen serta status mesin (amaun baki dalam kartrij toner dsb.) dan tetapan rangkaian seperti alamat IP mesin.

<Maklumat/Pemberitahuan Ralat>

Memaparkan butiran sebarang ralat yang berlaku. Langkah tindakan untuk Setiap Mesej

<Maklumat Peranti>

Memaparkan status mesin, seperti amaun baki dalam kartrij toner dsb.
<Aras Kartrij>
Memaparkan jumlah baki di dalam kartrij toner dan kartrij gelendong. Bahagian dalaman yang lain mungkin mencapai akhir hayat sebelum jumlah baki dalam kartrij toner atau kartrij gelendong mencapai akhir hayatnya.
<Semak Pembilang>
Memaparkan jumlah cetakan. Melihat Nilai Kaunter
<Maklumat Versi>
Memaparkan maklumat versi perisian tegar.

<Nombor Siri>
Memaparkan nombor siri.

<Kerja Cetak>

Memaparkan status cetakan semasa dan log untuk dokumen yang dicetak. Menyemak Status dan Log Cetakan

<Maklumat Rangkaian>

Memaparkan tetapan rangkaian seperti alamat IP mesin dan status seperti keadaan komunikasi LAN wayarles. Melihat Tetapan Rangkaian
2K43-021