Menetapkan Bunyi

Mesin menghasilkan bunyi dalam pelbagai situasi, seperti semasa penghantaran faks lengkap atau semasa kertas tersekat atau ralat berlaku. Anda boleh menetapkan kelantangan bagi setiap bunyi ini secara berasingan.

Melaraskan <Volum Faks>

1
Tekan kekunci  ().
2
Laraskan kelantangan dan pilih <Guna>.
Untuk membisukan bunyi, alihkan kursor terus ke paling kiri.

Melaraskan <TetapanVolumLain>

1
Tekan kekunci  ().
2
Pilih <TetapanVolumLain>.
3
Pilih tetapan.
Tetapan
Penerangan
Tindakan
<Nada Deringan>
Bunyi terhasil apabila faks masuk diterima
Pergi ke langkah 4.
<Nada Selesai TX>
Bunyi terhasil apabila penghantaran faks lengkap
<Nada Selesai RX>
Bunyi terhasil apabila penerimaan faks lengkap
<Nada Selesai Imbasan>
Bunyi terhasil apabila imbasan dokumen asal faks lengkap
<Ton Kemasukan>
Bunyi pengesahan setiap kali kekunci pada panel operasi atau butang pada paparan ditekan
Pilih <Aktif> (menghasilkan nada) atau <Tak Akt> (tidak menghasilkan nada).
<Ton Kemasukan Tidak Sah>
Bunyi terhasil apabila operasi kekunci tidak sah dilakukan, seperti apabila anda memasukkan nombor di luar julat tetapan yang sah
<Nada Isi Semula Bekalan>
Bunyi terhasil apabila kartrij toner hampir kosong
<Nada Amaran>
Bunyi terhasil apabila kertas tersekat atau ralat berlaku
<Nada Selesai Kerja>
Bunyi terhasil apabila operasi seperti penyalinan atau imbasan lengkap
<Amaran Jimat Tenaga>
Bunyi terhasil apabila mesin masuk atau keluar mod tidur
<Nada Pgesanan Dok. asli dlm Pnyuap>
Bunyi terhasil apabila dokumen asal dimuatkan dalam penyuap
4
Laraskan kelantangan dan pilih <Guna>.
Untuk membisukan bunyi, alihkan kursor terus ke paling kiri.
Bunyi tamat hanya untuk ralat
Dalam <Bunyi Hanya Apbl Ralat Berlaku>, pilih <Aktif> dan pilih <Guna>.
29WY-03F