Memasuki Mod Tidur

Fungsi mod tidur mengurangkan jumlah kuasa yang digunakan oleh mesin dengan menyahdayakan aliran kuasa ke panel operasi. Jika tiada operasi yang akan dilakukan pada mesin buat sementara waktu, seperti semasa rehat makan tengah hari, anda boleh menjimatkan kuasa hanya dengan menekan pada panel operasi.
Semasa dalam mod tidur
Apabila mesin memasuki mod tidur, menyala hijau kuning.
Keadaan yang membuatkan mesin tidak memasuki mod tidur
Apabila mesin sedang dikendalikan
Apabila penunjuk Data menyala atau berkelip
Apabila mesin sedang melakukan operasi seperti pelarasan atau pembersihan
Apabila kertas tersekat berlaku
Apabila penerima telefon luaran atau gagang telefon pilihan di tepi
Apabila mesin ditetapkan begitu, deringan masuk faks tidak akan berbunyi
Apabila skrin menu dipaparkan
Apabila tugasan sedang menanti untuk diimbas ke peranti memori USB atau komputer
Apabila mesej ralat dipaparkan pada skrin (Terdapat beberapa pengecualian. Mesin kadang-kadang memasuki mod tidur apabila mesej ralat dipaparkan.)
Apabila mesin sedang berkomunikasi dengan pelayan LDAP dsb.
Apabila skrin SSID/ kunci rangkaian untuk Sambungan Terus dipaparkan
Apabila tetapan sedang diimport atau dieksport
Mengubah Nilai Masa Tidur Auto
Masa Tidur Auto merupakan fungsi yang meletakkan mesin dalam mod tidur secara automatik jika ia kekal melahu untuk tempoh masa tertentu. Kami mengesyorkan anda menggunakan tetapan lalai kilang (<Tetapan Pemasa/Tenaga>) untuk mengurangkan penggunaan kuasa. Jika anda ingin mengubah jumlah masa yang berlalu sebelum mesin memasuki mod tidur auto, lakukan prosedur di bawah.
<Menu>  <Keutamaan> <Tetapan Pemasa/Tenaga>  <Masa Tidur Auto>  Tetapkan jumlah masa yang berlalu sebelum mesin memasuki mod tidur secara automatik  <Guna>  
Mengubah Tetapan Mod Tidur ke Waktu Tertentu
Anda boleh mengkonfigurasi tetapan supaya mesin diletakkan dalam mod tidur pada waktu tertentu. Anda juga boleh mengkonfigurasi tetapan supaya mod tidur dilepaskan pada waktu tertentu.
<Menu> <Keutamaan> <Tetapan Pemasa/Tenaga> Pilih <Pemasa Harian Tidur Auto> atau <Tetapn Masa Keluar Mod Tidur> Pilih <Aktif> dalam <Tetapkan Fungsi Ini>, dan masukkan masa <Guna>  
Keluar Mod Tidur
Anda boleh menekan  atau sebarang kekunci lain pada panel operasi untuk keluar mod tidur.
Anda juga boleh mengetik paparan untuk keluar mod tidur.
Jika telefon luaran atau gagang telefon pilihan disambungkan, mesin keluar mod tidur apabila anda membiarkan penerima di tepi.
29WY-03H