Mengenai Pemacu Ini

Pemacu ini ialah pemacu faks bagi Windows yang menyokong peranti pelbagai fungsi Canon untuk kegunaan pejabat.

Ciri-ciri

Anda boleh menghantar faks tanpa mencetak dokumen atau imej yang dibuat menggunakan komputer.
Mengurangkan masa kerja dan kos percetakan
Menghantar imej dan teks halus yang bersih serta jelas

Ciri Utama

Melampirkan Helaian Kulit
Anda boleh melampirkan helaian kulit pada data yang ingin dihantar. Templat telah disediakan dalam pemacu. Item yang disenaraikan pada helaian kulit boleh disesuaikan. Apabila menghantar ke beberapa destinasi, anda boleh menukar maklumat pada helaian kulit atau setiap destinasi.
Pengurusan Destinasi Menggunakan Buku Alamat
Mendaftarkan destinasi yang kerap digunakan dalam Buku Alamat memudahkan penetapan destinasi. Anda boleh mengeksport Buku Alamat sebagai fail berformat CSV dll. Anda juga boleh mengimport buku alamat yang sedang digunakan oleh aplikasi lain.
Tetapan Terperinci Data Penghantaran
Anda boleh menetapkan saiz kertas dan reka letak halaman, yang mengatur data halaman pada setiap helaian kertas.
Anda juga boleh menentukan masa penghantaran dan menetapkan pemberitahuan e-mel untuk hasil penghantaran.
Mengukuhkan Keselamatan
Anda boleh menetapkan pemacu agar input pengesahan destinasi yang dinyatakan diperlukan, untuk mengelakkan penghantaran faks ke destinasi yang salah. Anda juga boleh merekodkan bila, oleh siapa, apa dan ke mana faks dihantar dengan fungsi pengesahan log masuk serta fungsi penyimpanan maklumat dan imej faks.
Jika fungsi subalamat disokong, anda boleh menghantar faks ke peti memori di destinasi.
NOTA
Jika anda memasang Canon Driver Information Assist Service semasa disambungkan secara setempat atau berkongsi pencetak, anda boleh mendapatkan semula maklumat peranti. Dalam manual ini, fungsi untuk mendapatkan semula maklumat peranti menggunakan Canon Driver Information Assist Service dirujuk sebagai fungsi pengambilan semula maklumat peranti.