Tetapan Biasa untuk Helaian Tertentu
Anda boleh mendaftarkan tetapan yang kerap digunakan sebagai profil.
Anda boleh menetapkan profil dalam helaian [Pilih Destinasi] dan [Khas].
[Profil]
Menggunakan tetapan penghantaran faks yang didaftarkan. Profil yang didaftarkan boleh diedit atau dipadam.
Oleh sebab profil dengan titik merah (
) ialah profil praset, anda tidak boleh mengedit atau memadamkannya.
[Tambah] Kotak Dialog [Tambah Profil]
Membenarkan anda mendaftarkan tetapan penghantaran faks semasa sebagai profil.
Tetapkan [Nama] dan [Ikon]. Jika perlu, masukkan ulasan dalam [Komen]. Jika anda ingin menyemak tetapan semasa pada senarai, klik [Papar Tetapan].
[Edit] Kotak Dialog [Edit Profil]
Membenarkan anda mengedit kandungan profil. Anda juga boleh menetapkan fail untuk mengimport profil dan menyimpan profil semasa ke fail.
[Senarai Profil]
Membenarkan anda memaparkan senarai profil yang didaftarkan. Jika anda klik [
] (Gerak Ke Atas) atau [
] (Gerak Ke Bawah) selepas memilih profil, anda boleh menukar tempatnya dalam susunan profil.
[Papar Tetapan] Kotak Dialog [Papar Tetapan] Membenarkan anda memaparkan kandungan profil yang dipilih dalam bentuk senarai. Anda juga boleh menyalin kandungan tetapan ke papan klip.
[Padam]
Memadamkan profil yang dipilih.
[Nama]/[Ikon]/[Komen]
Memaparkan nama, ikon dan ulasan profil pilihan. Nama yang didaftarkan, ikon dan ulasan profil boleh diedit.
[Import]
Mengimport profil yang disimpan sebagai fail (*.cfg) dan menambahkannya ke [Senarai Profil].
[Eksport]
Mengeksport profil yang dipilih dalam [Senarai Profil] dan menyimpannya sebagai fail (*.cfg).
[Guna Tetapan daripada Aplikasi]
Untuk item berikut, tetapan aplikasi diberikan keutamaan berbanding tetapan profil.
Helaian [Khas] > [Saiz Halaman]/[Orientasi]
Apabila fungsi ini dinyahdayakan, item di atas akan ditulis ganti dengan tetapan profil yang dipilih.
Topik Berkaitan