Mengubah Port

Ini menerangkan prosedur untuk mengubah port yang digunakan oleh peranti yang disambungkan ke rangkaian.
Jika anda menetapkan port peranti buat sementara waktu apabila memasang pemacu, ubahkannya ke port yang betul dengan mengikut prosedur ini.
Kaedah mencipta Raw atau port LPR menggunakan "Standard TCP/IP Port" diterangkan di sini.

Prasyarat

Pemasangan pemacu
Sahkan nama atau alamat IP peranti (jika menambah port TCP/IP standard).
Untuk menambah port TCP/IP standard, anda perlu memasukkan nama atau alamat IP peranti. Untuk nama peranti, gunakan nama yang dikenali oleh peranti pada rangkaian. Jika anda tidak tahu nama peranti atau alamat IP, semak dengan pentadbir rangkaian anda.
Menentukan protokol yang akan digunakan
Raw: Protokol yang boleh digunakan dengan Windows. Raw menghantar data lebih laju daripada LPR.
LPR: Protokol yang biasa digunakan oleh TCP/IP.
Semasa memulakan komputer, log masuk sebagai ahli Administrators.

Prosedur

1.
Paparkan [Peranti dan Pencetak] dari [Panel Kawalan] Windows.
2.
Klik kanan ikon peranti yang anda akan tetapkan → pilih [Sifat pencetak].
Jika anda menggunakan panel sentuh, tekan terus ikon peranti yang anda mahu tetapkan → ketik [Sifat pencetak] dalam menu timbul.
3.
Paparkan helaian [Port] → klik [Tambah Port].
4.
Dalam kotak dialog [Port Pencetak], pilih [Standard TCP/IP Port] daripada [Jenis port tersedia] → klik [Port Baru].
5.
Teruskan dengan operasi mengikut arahan pada pendeta, kemudian masukkan nama peranti atau alamat IP.
[Port Name] dimasukkan secara automatik. Ubah nama port jika perlu.
Jika skrin [Additional port information required] dipaparkan, klik "Buka butiran" berikutnya dan lakukan operasi yang perlu.
[+][-]
6.
Klik [Selesai].
7.
Dalam kotak dialog [Port Pencetak], klik [Tutup].
8.
Klik [Mengkonfigurasi Port].
9.
Tetapkan port.
Semasa menggunakan Raw
Pilih [Protocol] > [Raw] → klik [OK].
Semasa menggunakan LPR
(1) Pilih [Protocol] > [LPR] → nyatakan salah satu baris gilir cetak berikut untuk [LPR Settings] > [Queue Name].
LP: Output menurut tetapan spul bagi peranti. Ini ialah tetapan yang biasa digunakan.
SPOOL: Sentiasa mengoutput selepas menspul ke cakera keras tanpa mengira tetapan peranti.
DIRECT: Sentiasa mengoutput tanpa menspul ke cakera keras tanpa mengira tetapan peranti.
(2) Klik [OK].
10.
Klik [Tutup].