Ikon pemacu tidak dipaparkan selepas pemasangan

Jika ikon pemacu tidak dipaparkan dalam [Peranti dan Pencetak] apabila pemasangan lengkap, ini mungkin disebabkan oleh beberapa punca. Rujuk setiap "Remedi" untuk memaparkan ikon peranti.

Punca 1.

Skrin tidak dikemas kini.
Remedi
Klik [] (Segar semula) dalam bar alamat untuk mengemas kini skrin ke status terkini.

Punca 2.

Pemacu sedang dipasang atau pemasangan tidak dilengkapkan dengan betul.
Remedi
Tunggu sehingga pemasangan lengkap. Jika ikon pemacu tidak dipaparkan selepas anda menunggu sementara waktu, pasang semula pemacu.