Daftarkan Destinasi dari Remote UI
Anda boleh menggunakan komputer untuk mendaftar destinasi dalam Buku Alamat mesin dan mengedit maklumat destinasi berdaftar. Tentukan folder kongsi di sini.
|
|
|
Anda boleh mengubah tetapan hanya apabila anda telah melog masuk ke dalam System Manager Mode.
|
1
Mulakan Remote UI.
Memulakan Remote UI
2
Klik [Address Book] pada halaman Portal.
Tetapan Remote UI

Jika halaman PIN dipaparkan
Alamat Buku dilindungi dengan PIN. Masukkan [PIN] dan klik [OK].
3
Klik [Coded Dial].
Anda juga boleh mendaftar destinasi dalam One-Touch. Dalam kes ini, klik [One-Touch] dan bukan [Coded Dial].
Dial Satu Sentuh
4
Klik pautan teks di bawah [Number], [Type], atau [Name] untuk item bernama "Not Registered".
Anda boleh mengedit item dengan mengklik teks yang bersamaan di bawah pautan teks [Number], [Type] atau [Name].
Anda boleh padam item yang didaftar dengan mengklik pada butang [Delete] berkenaan.
5
Pilih [Destination Type to Register] dan klik [OK].
Untuk mendaftar destinasi folder kongsi, pilih [File].
6
Tentukan destinasi.
Untuk mendaftar destinasi faks
[Name]
Masukkan nama destinasi.
[Fax Number]
Masukkan nombor faks destinasi.
[ECM TX]
Pilih kotak semak untuk membuat yang berikut: jika kesilapan yang berlaku pada imej yang sedang dihantar, kesilapan itu diperiksa dan diperbetulkan untuk mengelakkan imej yang tidak wajar daripada dihantar.
[Speed]
Jika ia mengambil masa untuk penghantaran dimulakan, seperti apabila terdapat sambungan telefon yang tidak bagus, anda boleh melaraskan kelajuan permulaan penghantaran ke bawah.
[Long Distance]
Tentukan [International (1)] kepada [International (3)] mengikut kondisi penghantaran apabila mendaftarkan nombor faks luar negara.
Anda juga boleh menentukan [ECM TX] dan [Speed] daripada <Tetapan Faks> (
<Tetapan Faks>) pada panel operasi. Namun, tetapan daripada <Alamat Buku> dibolehan untuk tetapan terperinci destinasi didaftarkan dalam Buku Alamat.
Untuk mendaftar destinasi e-mel
[Name]
Masukkan nama destinasi.
[E-Mail Address]
Masukkan alamat destinasi e-mel.
Untuk mendaftar destinasi folder kongsi
[Name]
Masukkan nama destinasi.
[Host Name]
Masukkan nama komputer atau alamat IP. Anda boleh memasukkan laluan folder kongsi dengan nama komputer atau alamat IP (cth. "\\swan\share" atau "\\192.168.2.100\share").
Menggunakan pelayan DNS
Anda juga boleh memasukkan nama hos (atau FQDN) dan bukannya nama komputer atau alamat IP (cth untuk folder yang dikongsi: "\\swan.organization.company.com\share").
[Folder Path]
Masukkan lokasi folder di mana data akan dihantar.
Gunakan "\" sebagai pemisah. Tentukan tahap yang mengikuti laluan yang dinyatakan dalam [Host Name].
[User Name]
Masukkan nama pengguna ke dalam folder dikongsi.
[Set Password]
Untuk menetapkan kata laluan bagi folder kongsi, pilih kotak semak dan masukkan [Password].
|
|
Pastikan bahasa paparan yang sama dipilih pada kedua-dua komputer dan Remote UI.
[Host Name] dan [Folder Path] mungkin tidak dipaparkan dengan betul atau mungkin tidak boleh dirujuk.
|
7
Klik [OK].
PAUTAN