Skrin <Pengawas Status>

Apabila anda menekan , satu skrin muncul di mana anda boleh menyemak perkembangan dokumen serta status mesin (jumlah baki dalam kartrij toner dsb.) dan tetapan rangkaian seperti alamat IP mesin.

<Maklumat/Pemberitahuan Ralat>

Memaparkan butiran sebarang ralat yang berlaku. Langkah tindakan untuk Setiap Mesej

<Maklumat Peranti>

Memaparkan status mesin, seperti saiz kertas atau jumlah baki toner dalam kartrij toner.
<Maklumat Kertas>
Memaparkan sama ada kertas dimuatkan dalam setiap sumber kertas.
<Aras Kartrij>
Memaparkan jumlah baki dalam kartrij toner. Bahagian dalaman yang lain boleh sampai ke akhir hayat mereka sebelum toner habis.
<Semak Pembilang>
Memaparkan jumlah cetakan keluar. Mencetak Laporan dan Senarai
<Maklumat Versi>
Memaparkan maklumat versi perisian tegar.
<Nombor Siri>
Memaparkan nombor siri mesin.

Status dan log bagi dokumen yang disalin, dicetak dan dihantar/diterima

Memaparkan status semasa item yang dipilih. Anda boleh menyemak <Kerja TX>,<Kerja RX>, dan status <Ralat Pemajuan Faks> hanya pada model panel sentuhan. Skrin <Kerja Salin/Cetak> ditunjukkan di bawah sebagai contoh.

<Maklumat Rangkaian>

Memaparkan tetapan rangkaian seperti alamat IP mesin dan status seperti keadaan komunikasi LAN wayarles. Melihat Tetapan Rangkaian
3K29-02A