Mengehadkan Saiz Kertas Yang Dipaparkan

Anda boleh memastikan bahawa hanya saiz kertas yang kerap digunakan akan ditunjukkan dalam skrin untuk memilih tetapan saiz kertas.
1
Papar skrin <Tetapan Kertas>. Skrin Rumah
Model panel sentuhan
Pilih <Ttpn Kertas> dalam skrin Rumah.
Model LCD 5 Baris
Tekan  (Tetapan Kertas).
2
Pilih <Pilih Saiz Kertas yang Kerap Digunakan>.
3
Pilih <Dulang Pelbagai Guna> atau <Laci 1>.
4
Kosongkan kotak semak untuk saiz kertas yang tidak mahu anda paparkan.
Pastikan bahawa hanya kotak semak untuk saiz kertas yang kerap digunakan akan dipilih.
Saiz kertas yang tidak dipilih boleh dilihat dengan memilih <Saiz Lain> dalam skrin pemilihan tetapan saiz kertas.
5
Pilih <Guna>.
3K29-030