Mendaftar Destinasi untuk Dail Satu Sentuh
Anda boleh mendaftar destinasi yang kerap digunakan untuk Dail Satu Sentuh. Destinasi boleh dipaparkan secara pantas dengan memilih butang-butang Satu Sentuh dalam Skrin Rumah. Anda boleh edit atau padam destinasi yang telah anda daftarkan. Anda boleh mendaftar sehingga 4 destinasi untuk Dail Satu Sentuh.
1
Pilih <Alamat Buku> dalam skrin Rumah.
Skrin Rumah
2
Pilih <Dftr Dstinsi>.
3
Pilih <Satu Sentuhan>

Pilih jenis alamat untuk didaftarkan.
Menurut alamat yang telah didaftarkan, pilih <Faks> atau <E-Mel>.
4
Pilih nombor untuk didaftarkan.
Anda boleh mengubah nombor ini kepada nombr yang lain kemudian.
5
Pilih <Nama>.
Mendaftar <Nama> adalah pilihan. Jika anda mendaftar <Nama>, destinasi boleh dicari mengikut abjad.
6
Masukkan nama dan pilih <Guna>.
7
Pilih <Nombor Faks> atau <Alamat E-Mel>.
8
Masukkan destinasi dan pilih <Guna>.
Membuat tetapan terperinci (hanya apabila didaftarkan untuk faks)
Selepas memilih <Butiran>, satu skrin yang serupa dengan berikut dipaparkan.
<TX ECM>
Jika ralat berlaku dalam imej yang sedang dihantar, ralat tersebut disemak dan dibetulkan bagi menghalang imej yang tidak betul daripada dihantar semasa tetapan <Aktif>.
<Kelajuan TX>
Jika ia mengambil masa untuk penghantaran bermula, seperti apabila terdapat sambungan telefon yang lemah, anda boleh melaraskan kelajuan permulaan penghantaran menurun.
<Jarak Jauh>
Tentukan <Antarabangsa (1)> kepada <Antarabangsa (3)> menurut keadaan penghantaran apabila mendaftar nombor faks luar negara.
|
|
Anda juga boleh membuat tetapan terperinci untuk destinasi <Menu>  <Tetapan Faks>. Walau bagaimanapun, tetapan yang dibuat daripada <Alamat Buku> didayakan untuk tetapan terperinci bagi destinasi didaftarkan dalam Buku Alamat.
|
9
Pilih <Guna>.