Membersih Tali Sawat Pemindahan (ITB)

Kekotoran boleh melekat pada tali sawat pemindahan di dalam mesin dan menyebabkan kualiti cetakan merosot. Untuk membersihkan tali sawat pemindahan, laksanakan prosedur berikut. Ambil perhatian bahawa anda tidak boleh membersihkan tali sawat pemindahan apabila mesin mempunyai dokumen menunggu untuk dicetak.
1
Pilih <Menu> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Pilih <Pelarasan/Penyelenggaraan>  <Penyelenggaraan>.
3
Pilih <Bersihkan ITB>.
4
Pilih <Mula>.
Pembersihan bermula. Apabila mesej muncul memaklumkan pembersihan lengkap, tekan  untuk kembali kepada skrin Rumah.
51SF-09W