Amaran Semasa Mencetak dalam Warna dari Aplikasi PostScript (PS3)

Jika anda melakukan pencetakan berwarna daripada aplikasi PostScript* menggunakan pemacu PS3, kaedah pemprosesan data bergantung kepada kombinasi tetapan untuk helaian [Tetapan Peranti] > [Output PS daripada Aplikasi] dan fungsi pencetakan.
Fungsi cetak yang mempengaruhi kaedah pemprosesan data ditunjukkan di bawah.
Poster [N x N] / Asal di Pusat / Tera air / Edit dan Pratonton / Pilihan Tataletak / Cetak Halaman Sepanduk / Putar Halaman untuk Tataletak / kaedah suapan kertas selain daripada [Kertas Sama untuk Semua Halaman] / Guna CanoFine / [Bezakan antara Halaman Warna/B&W pada Hos] / Cetak Sampel Warna
Konfigurasikan tetapan yang sepatutnya mengikut tujuan pencetakan.
* Aplikasi seperti Adobe Reader, Adobe Acrobat, Adobe Illustrator, atau Adobe Photoshop
[Output PS daripada Aplikasi] > [Auto]
Apabila fungsi cetak yang mempengaruhi kaedah pemprosesan data ditetapkan
Model warna RGB digunakan.
Apabila fungsi cetak yang mempengaruhi kaedah pemprosesan data tidak ditetapkan
Aplikasi menjana kod PostScript sendiri.
Model warna CMYK biasanya digunakan.
[Output PS daripada Aplikasi] > [Hidup]
Fungsi cetak yang mempengaruhi kaedah pemprosesan data tidak dapat digunakan.
[Output PS daripada Aplikasi] > [Mati]
Model warna RGB digunakan.
NOTA
Warna dalam hasil cetakan apabila model warna RGB digunakan dan dalam hasil cetakan apabila model CMYK digunakan mungkin berbeza.

Topik Berkaitan