Helaian [Persediaan Halaman]

Anda boleh menetapkan saiz halaman, orientasi cetakan, pilihan tataletak, dll.
Bergantung pada pemacu atau peranti yang anda gunakan, anda mungkin tidak dapat menetapkan beberapa fungsi yang diterangkan di sini.
[Saiz Halaman]
Memaparkan saiz kertas bagi data cetakan yang disediakan dalam aplikasi.
[Saiz Output]
Menentukan saiz kertas sebenar untuk dicetak. Jika anda memilih saiz yang berbeza daripada [Saiz Halaman], data cetakan dibesarkan atau dikurangkan untuk memuatkan saiz halaman yang ditetapkan semasa mencetak.
[Butiran Cetakan Sampul] > Kotak Dialog [Cetak Sampul]
Ikuti wizard untuk mengkonfigurasi tetapan yang diperlukan untuk mencetak di atas sampul surat.
Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan berikut yang terdapat pada helaian yang berasingan.
[Saiz Output]/[Sumber Kertas]/[Jenis Kertas]/[Orientasi]/[Putar Data Cetak 180 Darjah]
[Salinan]
Menentukan bilangan salinan untuk dicetak.
[Orientasi]
Menentukan orientasi data cetakan.
[Tataletak Halaman]
Menentukan bilangan halaman untuk dicetak pada setiap helaian kertas.
[Butiran Poster] > Kotak Dialog [Butiran Poster]
Membolehkan anda menetapkan tetapan terperinci semasa mencetak poster.
[+][-]
[Urutan Halaman]
Menentukan susunan halaman untuk dicetak.
[Penskalaan Manual]
Menentukan nisbah pembesaran atau pengurangan untuk pencetakan.
[Guna 1 atas 1 utk Data Hlm Tunggal]
Semasa mencetak berbilang halaman pada setiap helaian, mencetak data halaman tunggal pada satu helaian.
[Tera air]
Menindih dan mencetak aksara separa lut sinar seperti [RAHSIA SULIT] atau [DRAF] pada data cetakan.
[Edit Tera air] > Kotak Dialog [Edit Tera air]
Membolehkan anda mencipta dan menambahkan tera air baharu.
[+][-]
[Saiz Kertas Tersuai] > Kotak Dialog [Tetapan Saiz Kertas Tersuai]
Membolehkan anda mendaftarkan saiz kertas yang diingini dan menggunakannya untuk mencetak.
[+][-]
[Pilihan Halaman] > Kotak Dialog [Pilihan Halaman]
Menentukan pilihan tataletak seperti sempadan, tarikh, nombor halaman, dll. dan tetapan pencetakan bertindan.
Ini juga membolehkan nama dokumen, nama komputer, dan masa cetakan dimasukkan. Format paparan untuk tarikh dan masa bergantung pada tetapan sistem pengendalian.
[+][-]
[Kembalikan Lalai]
Mengembalikan semua tetapan ke nilai lalainya.

Topik Berkaitan