Mengedit Destinasi Berdaftar dalam Buku Alamat

Anda boleh mengubah tetapan anda, seperti mengubah nombor faks atau nama berdaftar, mengubah jenis destinasi yang didaftarkan sebagai nombor faks kepada destinasi e-mel, mengubah nombor dail berkod dan menambah atau memadamkan destinasi kumpulan. Anda juga boleh memadamkan destinasi atau kumpulan.
Jika anda memadam destinasi daripada Buku Alamat, ia juga dipadam dari tetapan kegemaran. Mendaftar Tetapan yang Kerap Digunakan
1
Pilih <Buku Alamat> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Pilih indeks yang mengandungi destinasi yang anda mahu edit. Indeks
3
Pilih destinasi dan pilih <Edit>.
Untuk membuang pemilihan destinasi, pilih semula destinasi dengan tanda semak. Apabila berbilang destinasi dipilih, anda boleh menyahpilih semuanya dalam kumpulan dengan <Buang Semua>.
Jika skrin yang muncul menggesa anda memasukkan PIN, masukkan PIN untuk Buku Alamat dan pilih <Guna>. Menyekat Penggunaan Buku Alamat
Untuk menyemak butiran destinasi
Pilih destinasi butiran yang ingin anda periksa, dan pilih <Butiran>.
Untuk memadamkan destinasi
Pilih destinasi yang anda hendak padam, kemudian pilih <Padam>  <Ya>.
4
Selepas mengedit item yang perlu, pilih <Guna>.
64AJ-03S