Menyemak Status dan Log bagi Dokumen Asal yang Diimbas

Anda boleh menyemak status dan log untuk dokumen asal yang diimbas dihantar secara terus dari mesin.
Apabila <Papar Log Kerja> ditetapkan kepada <Tak Aktif>, anda tidak boleh menyemak log untuk dokumen yang dihantar. <Papar Log Kerja>
1
Pilih <Pgawas Status>.
2
Pilih <Kerja TX>.
3
Semak status dan log untuk dokumen yang dihantar.
Untuk menyemak status bagi dokumen yang dihantar
1
Pilih dokumen yang ingin anda semak statusnya dalam tab <Status Kerja TX>.
Memaparkan maklumat terperinci tentang dokumen.
Jika anda menentukan berbilang destinasi, bilangan destinasi yang ditentukan dipaparkan pada skrin. Untuk menyemak butiran berbilang destinasi yang ditentukan, pilih <Destinasi>.
Untuk menyemak log bagi dokumen yang dihantar
1
Pilih dokumen yang ingin anda semak lognya dalam tab <Log Kerja TX>.
<OK> dipaparkan apabila dokumen berjaya dihantar dan <Ralat> dipaparkan apabila dokumen gagal dihantar kerana ia telah dibatalkan atau terdapat beberapa ralat.
Memaparkan maklumat terperinci tentang dokumen.
Apabila nombor tiga digit ditunjukkan sekiranya <Ralat>
Nombor ini mewakili kod ralat. Untuk maklumat lanjut, lihat "Penyelesaian Masalah (FAQ)" di laman web manual dalam talian.
Mendaftarkan destinasi dokumen yang dihantar ke Buku Alamat
Untuk dokumen yang dihantar ke destinasi yang tidak didaftarkan dalam Buku Alamat, anda boleh mendaftarkan destinasi tersebut ke Buku Alamat dengan memilih <Dftrkn ke Bku Almt> pada skrin butiran.
64AJ-05U