Bahagian Belakang

 

Penutup belakang

Buka penutup belakang apabila mengosongkan kertas tersekat. Untuk maklumat lanjut, lihat "Penyelesaian Masalah (FAQ)" di laman web manual dalam talian.

Slot pengudaraan

Udara dari dalam mesin disalurkan keluar untuk menyejukkan bahagian dalam mesin. Ambil perhatian bahawa meletakkan objek di hadapan slot pengudaraan akan menghalang pengudaraan.

Label penarafan

Label menunjukkan nombor siri, yang diperlukan apabila membuat pertanyaan mengenai mesin. Untuk maklumat lanjut, lihat "Penyelesaian Masalah (FAQ)" di laman web manual dalam talian.

Soket kuasa

Sambungkan kord kuasa.

Bicu talian telefon

Sambungkan kabel telefon apabila menyambungkan mesin ke talian telefon. Menyambungkan dengan Talian Telefon

Bicu telefon luaran

Sambungkan telefon atau mesin menjawab anda. Menyambungkan dengan Talian Telefon

Bicu gagang telefon

Sambungkan gagang telefon pilihan.

Port USB (untuk sambungan peranti USB)

Gunakan port ini untuk menyambung peranti seperti papan kekunci USB pihak ketiga.

Port USB (untuk sambungan komputer)

Sambungkan kabel USB apabila menyambungkan mesin dan komputer.

Port LAN

Sambungkan kabel LAN apabila menyambungkan mesin ke penghala LAN berwayar dsb. Menyambung ke LAN terdawai
6490-022