Menetapkan Proksi

Proksi (atau pelayan proksi HTTP) merujuk kepada komputer atau perisian yang menjalankan komunikasi HTTP untuk peranti lain, terutamanya apabila berkomunikasi dengan sumber di luar rangkaian, seperti ketika melayari laman Web. Peranti klien bersambung ke rangkaian luar menerusi pelayan proksi dan tidak berkomunikasi secara terus dengan sumber luar. Menetapkan proksi bukan sahaja memudahkan pengurusan trafik rangkaian dalam dan rangkaian luar tetapi juga menyekat capaian tanpa keizinan dan menyatukan pelindungan anti virus untuk meningkatkan keselamatan. Apabila anda menggunakan Google Cloud Print untuk mencetak menerusi Internet, anda boleh meningkatkan keselamatan dengan menetapkan proksi. Apabila menetapkan proksi, pastikan anda mempunyai maklumat proksi yang diperlukan, termasuk alamat IP, nombor port serta nama pengguna dan kata laluan untuk pengesahan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai operasi asas yang akan dilaksanakan apabila menetapkan mesin daripada UI Kawalan Jauh, lihat Menetapkan Pilihan Menu daripada UI Kawalan Jauh.
1
Mulakan dengan UI Kawalan Jauh dan log masuk ke Mod Pengurus Sistem. Memulakan UI Kawalan Jauh
2
Klik [Settings/Registration] pada halaman Portal. Tetapan UI Kawalan Jauh
3
Pilih [Network Settings]  [Proxy Settings].
4
Klik [Edit].
5
Pilih kotak semak [Use Proxy] dan tentukan tetapan yang diperlukan.
[Use Proxy]
Pilih kotak semak untuk menggunakan pelayan proksi yang ditentukan apabila berkomunikasi dengan pelayan HTTP.
[HTTP Proxy Server Address]
Masukkan alamat pelayan proksi. Tentukan alamat IP atau nama hos bergantung pada persekitaran.
[HTTP Proxy Server Port Number]
Tukar nombor port jika perlu.
[Use Proxy within Same Domain]
Pilih kotak semak untuk menggunakan pelayan proksi yang ditentukan untuk komunikasi dengan peranti daripada domain yang sama.
[Use Proxy Authentication]
Untuk membolehkan pengesahan daripada pelayan proksi, pilih kotak semak dan masukkan aksara huruf dan nombor untuk nama pengguna dalam [User Name] kotak teks.
[Set/Change Password]
Untuk menetap atau menukar kata laluan bagi pengesahan proksi, apabila dibolehkan, pilih kotak semak dan masukkan aksara huruf dan nombor untuk kata laluan baru dalam [Password] kotak teks.
6
Klik [OK].
6490-079