Memasang Pemacu Pengimbas (Versi USB)

Ini menerangkan prosedur untuk memasang pemacu pengimbas.
Untuk menggunakan pengimbas, anda perlu menyambungkannya ke sebuah komputer melalui kabel USB semasa prosedur pemasangan.

Prasyarat

Untuk maklumat berkenaan keperluan sistem, lihat Readme bagi versi USB pemacu pengimbas tersebut.
Untuk maklumat berkenaan persediaan dan langkah berjaga-jaga pemasangan, lihat Readme bagi versi USB pemacu pengimbas tersebut.
Apabila memulakan komputer, log masuk sebagai pengguna yang mempunyai keistimewaan pentadbir.
Pastikan kabel USB ditanggalkan daripada peranti dan komputer terlebih dahulu.

Prosedur

1.
Mulakan pemasang yang dimuat turun dari laman web.
Klik dua kali fail yang dimuat turun untuk menyahmampat fail tersebut. Jika pemasang tidak bermula secara automatik selepas dinyahmampat, klik dua kali [Setup.exe] dalam folder [misc].
2.
Klik [OK].
3.
Sambungkan peranti dan komputer tersebut dengan kabel USB.
Jika mesej yang menggesa anda untuk memulakan semula komputer anda dipaparkan, ikut arahan dalam mesej tersebut.