Bar Menu/Bar Alat
Anda boleh memaparkan maklumat untuk Color Network ScanGear 2 dalam menu.
Anda juga boleh menggunakan butang bar alat untuk melakukan operasi pada imej di kawasan pratonton.
Bar Menu
[Fail]
[Maklumat Pengimbas]
Memaparkan maklumat peranti yang dipilih sebagai pengimbas.
[Unit]
Pilih unit yang digunakan untuk menentukan julat imbasan sebagai nilai nombor dalam [Tetapan Lanjutan] > [Kawasan untuk Imbasan].
[Keluar]
Keluar Color Network ScanGear 2.
[Bantuan]
[Bantuan Color Network ScanGear 2]
Memaparkan bantuan untuk Color Network ScanGear 2.
[Tentang]
Memaparkan maklumat versi untuk Color Network ScanGear 2.
Bar Alat
[
]
Padam imej yang dipaparkan dalam kawasan pratonton.
Jika imej telah dizum, saiz imej akan kembali ke saiz yang asal.
Tetapan julat imbasan dan putaran juga dipadam.
[
]
Tentukan julat untuk mengimbas.
Apabila ia ditetapkan, julat imbasan yang sama ditentukan pada masa akan datang.
[
]
Apabila imej dizum dekat, seret imej dengan tetikus untuk menatalnya dan alihkan kedudukan paparan.
[
]
Zum keseluruhan imej.
Klik kiri tetikus pada imej untuk zum dekat atau klik kanan tetikus untuk zum jauh. Terdapat lima nisbah zum (1:1, lebih kurang 1.5:1, lebih kurang 2:1, lebih kurang 3:1, dan lebih kurang 4:1).
Saiz imej imbasan sebenar tidak berubah.
[
]/[
]
Memutar imej 90 darjah lawan jam atau mengikut arah jam.
[
]
Memaparkan maklumat peranti yang dipilih sebagai pengimbas.