Maklumat, Peraturan, dan Standard Keselamatan

Logo IPv6 Ready

 
Tindanan protokol yang disertakan dalam produk ini memperoleh Logo IPv6 Ready Fasa 2 yang diasaskan oleh IPv6 Forum.

Semasa membuang kartrij toner yang telah digunakan

Bagi melindungi alam sekitar dan menggunakan sumber dengan lebih berkesan, Canon menggalakkan pemulihan dan pengitaran semula kartrij toner yang telah digunakan. Sila berikan kerjasama dalam pemulihan kartrij toner (guna semula sumber). Untuk butiran tentang penggunaan semula sumber, lihat laman web Canon:
global.canon/ctc
Semasa membuang kartrij toner, bungkus kartrij dalam pembungkus asal untuk mengelakkan penyebaran toner dan buang kartrij mengikut arahan kerajaan tempatan anda.
8KKC-0JA