Apabila anda menekan kekunci Kelantangan Bunyi () pada panel operasi, atau kekunci Kelantangan Bunyi () [TetapanVolumLain], skrin [Tetapan Volum] dipaparkan. Anda boleh melaraskan kelantangan bunyi pemberitahuan, seperti apabila faks berjaya dihantar dan diterima, dan menetapkan sama ada mahu mesin mengeluarkan bunyi yang memberitahu anda mengenai operasi dan status.
[Nada Deringan], [Nada Selesai TX], [Nada Selesai RX], [Nada Selesai Imbasan] (Bagi Model dengan Fungsi Faks) Anda boleh melaraskan kelantangan bunyi faks masuk dan bunyi yang memberitahu anda apabila faks berjaya dihantar dan diterima, dan apabila dokumen asal berjaya diimbas.
[Ton Kemasukan] Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila anda menekan kekunci dan butang pada panel operasi.
[Ton Kemasukan Tidak Sah] Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila kekunci yang tidak sah ditekan, seperti apabila anda memasukkan nilai di luar julat tetapan.
[Nada Isi Semula Bekalan] Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila kartrij toner menghampiri hujung hayatnya.
[Nada Amaran] Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila mesin mengalami kertas tersekat atau kerosakan lain.
[Nada Selesai Kerja] Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila operasi imbasan, salin, atau lain-lain pada mesin telah selesai.
[Amaran Jimat Tenaga] Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila mesin masuk dan keluar mod tidur.
[Nada Pgesanan Dok. asli dlm Pnyuap] Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila mesin mengesan dokumen asal yang diletakkan di penyuap.
This site uses cookies to provide its contents and functions and improve their qualities etc. You can find out more about our use of the cookies here. If you select "Reject", only cookies necessary to provide the contents and functions of the site are recorded and stored.