Menyalin Beberapa Pasport pada Satu Helaian

 
Anda boleh menggunakan fungsi Salin Pasport untuk menyalin beberapa pasport bersama-sama ke dalam satu helaian kertas. Ini boleh dilakukan dengan cepat dari skrin [Rumah] di panel operasi.
1
Letakkan pasport pada kaca platen.
1
Buka penyuap.
2
Letakkan halaman yang akan diimbas menghadap ke bawah sambil menjajarkan sudut pasport dengan sudut kiri atas kaca platen, seperti yang ditunjukkan.
3
Tutup penyuap perlahan-lahan.
2
Di panel operasi, tekan [Salinan Pasport] di skrin [Rumah]. Skrin [Rumah]
Skrin [Salinan Pasport] dipaparkan.
3
Pilih gabungan bilangan pasport dan sama ada anda hendak menggunakan cetakan 2 muka.
[2 dalam 1 (2 Muka)]
Menggabungkan dua pasport pada satu muka helaian kertas dengan menyalin menggunakan cetakan 2 muka. Salin empat pasport pada kedua-dua muka helaian kertas dengan cetakan 2 muka.
[4 dalam 1 (2 Muka)]
Menggabungkan empat pasport pada satu muka helaian kertas dengan menyalin menggunakan cetakan 2 muka. Salin lapan pasport pada kedua-dua muka helaian kertas dengan cetakan 2 muka.
[2 dalam 1]
Menggabungkan dua pasport pada satu muka helaian kertas.
[4 dalam 1]
Menggabungkan empat pasport pada satu muka helaian kertas.
4
Pilih sumber kertas dengan kertas yang dimuatkan untuk digunakan untuk menyalin.
Skrin salin dipaparkan.
5
Tetapkan bilangan salinan.
Tekan [Bilangan Salinan], gunakan kekunci angka untuk memasukkan bilangan salinan, dan kemudian tekan [Tutup].
* Apabila anda menggunakan Salin Pasport untuk membuat salinan, nisbah salinan ditetapkan secara automatik mengikut saiz kertas yang digunakan untuk penyalinan dan bilangan pasport untuk digabungkan. Anda juga boleh menekan [Nisbah Salinan] untuk menukar nisbah salinan secara manual.
* Anda boleh menekan [Kertas] untuk menukar sumber kertas (kertas yang digunakan untuk menyalin) yang dipilih dalam 4.
6
Konfigurasikan tetapan penyalinan lain, sebagaimana yang diperlukan. Ciri Penyalinan Tambahan
Anda boleh melaraskan kepadatan dan kualiti imej.
Anda boleh menukar bilangan pasport untuk digabungkan (N dalam 1) dan tetapan penyalinan 2 muka yang dipilih dalam 3.
7
Tekan [Mula B&W] atau [Mula Warna].
Pasport pertama diimbas.
Untuk menyalin pasport pertama dalam format hitam putih, tekan [Mula B&W]. Untuk menyalin dalam format warna, tekan [Mula Warna].
8
Apabila [Imbas Strsnya] dipaparkan, letakkan pasport seterusnya pada kaca platen, dan tekan [Imbas Strsnya B&W] atau [Imbas Strsnya Warna].
Pasport seterusnya diimbas, dan skrin yang sama dipaparkan.
Ulangi proses ini sehingga pengimbasan semua pasport selesai.
Anda boleh memilih mod warna (Hitam Putih atau Warna) untuk setiap pasport. Untuk menyalin pasport seterusnya dalam format hitam putih, tekan [Imbas Strsnya B&W]. Untuk menyalin dalam format warna, tekan [Imbas Strsnya Warna].
Anda juga boleh menekan [Kepadatan] dan [Imbangan Warna] untuk menukar tetapan bagi setiap pasport.
9
Tekan [Mula Mencetak].
Pasport yang diimbas dicetak.
Untuk membatalkan penyalinan, tekan [Batal] [Ya]. Membatalkan Operasi Salin
Gunakan [Pgawas Status] untuk melihat status kerja salin dan log. Melihat Status dan Log Kerja Cetak
8KKC-073