Bahagian Hadapan

Penyuap

Anda boleh meletakkan dua helai atau lebih dokumen asal dalam penyuap. Dokumen asal yang diletakkan akan disuap dan diimbas secara automatik sehelai demi sehelai. Penyuap

Penghenti Kertas

Buka penghenti kertas untuk mengelakkan kertas daripada terjatuh keluar dari dulang output.

Port USB (untuk peranti USB)

Anda boleh menyambung peranti memori USB komersil atau papan kekunci USB.

Pembesar suara

Mengeluarkan bunyi untuk memberitahu anda status komunikasi faks, selain status pengendalian dan mesin.
Melaraskan Kelantangan (Untuk Model dengan Fungsi Faks)
Melaraskan Kelantangan (Untuk Model Tanpa Fungsi Faks)

Pemegang angkat

Pegang pemegang angkat apabila mengalih mesin.

Slot pengudaraan

Udara di dalam mesin dikeluarkan melalui slot pengudaraan untuk menurunkan suhu di dalam mesin.
Jangan letak objek bersebelahan slot pengudaraan kerana ini akan menghalang pengudaraan.

Panel operasi

Gunakan paparan dan kekunci untuk mengendalikan mesin dan mengesahkan pengendalian dan status. Panel pengendalian

Dulang output

Kertas yang dicetak dan disalin dikeluarkan ke dulang output.

Suis kuasa

Menukar kuasa mesin antara ON (HIDUP) dan OFF (MATI). Menghidupkan dan Mematikan Mesin

Penutup hadapan

Buka penutup depan apabila menggantikan kartrij toner.

Laci kertas

Muatkan kertas yang selalu anda gunakan ke dalam laci kertas. Laci Kertas

Dulang serba guna

Bagi menggunakan kertas yang tidak dimuatkan dalam laci kertas untuk sementara, muatkan kertas di dalam dulang serba guna. Dulang Serba Guna

Kaca platen

Letak buku, kertas tebal, kertas nipis dan dokumen asal lain yang tidak boleh diletakkan di dalam penyuap pada kaca platen untuk mengimbas atau membuat salinan. Dokumen asal yang diletakkan diimbas dalam kedudukan tetap. Meletakkan Dokumen Asal
Bagi memastikan penggunaan mesin yang cekap, sentiasa lap bersih permukaan dan kaca platen.
Membersihkan Permukaan Mesin
Membersihkan Kaca Platen
Jika gejala berikut berlaku semasa menggunakan penyuap, bersihkan penyuap: Membersihkan Penyuap
Dokumen asal menjadi kotor
Dokumen asal kerap tersekat
Cetakan ada kesan kotor selepas pengimbasan, penyalinan, atau penghantaran faks
8KKC-00A