ID dan PIN Pengurus Sistem

Mesin ini mempunyai Mod Pengurus Sistem untuk melihat dan mengubah tetapan penting.
Apabila ID Pengurus Sistem dan PIN Pengurus Sistem ditetapkan, hanya pengguna yang tahu maklumat ini dapat log masuk ke Mod Pengurus Sistem.
Untuk MF756Cx
ID Pengurus Sistem dan PIN Pengurus Sistem telah ditetapkan seperti yang berikut:
ID Pengurus Sistem
7654321
PIN Pengurus Sistem
7654321
Apabila skrin log masuk Mod Pengurus Sistem muncul, masukkan ID dan PIN di atas untuk log masuk jika tetapan lalai belum ditukar. Untuk melog masuk ke UI Jarak Jauh dalam Mod Pengurus Sistem, anda mesti menukar PIN Pengurus Sistem daripada tetapan lalai.
Ubah tetapan lalai untuk melindungi maklumat dan izinkan hanya pentadbir tertentu mengetahui maklumat ini.
Untuk MF752Cdw
ID Pengurus Sistem dan PIN Pengurus Sistem tidak ditetapkan.
Mod Pengurus Sistem dinyahdayakan, membenarkan semua orang untuk melihat dan mengubah tetapan penting. Tetapkan ID PIN Pengurus Sistem dan PIN Pengurus Sistem untuk melindungi maklumat, dan izinkan hanya pentadbir tertentu mencapai maklumat ini.
 
Untuk butiran mengenai cara mengubah dan menetapkan ID Pengurus Sistem dan PIN Pengurus Sistem, lihat yang berikut:
Menetapkan ID Jabatan dan PIN untuk Pentadbir
8KKC-007