Mencetak dengan Cetakan Universal

Cetakan Universal ialah perkhidmatan untuk mencetak dokumen melalui awan Microsoft. Pemacu Cetakan Universal adalah serasi dengan Windows 10, jadi anda tidak perlu memasang pemacu pencetak untuk setiap komputer. Jika peranti anda disambungkan ke Internet, anda boleh mencetak dokumen apabila anda berada jauh dari mesin.
Untuk menggunakan Cetakan Universal, anda mestilah merupakan pengguna berdaftar Microsoft 365 dan menggunakan Azure Active Directory.
Persediaan Yang Diperlukan
Daftarkan mesin pada Azure Active Directory, serta tetapkan ahli atau kumpulan yang akan menggunakan mesin tersebut. Mendaftarkan Mesin pada Perkhidmatan Awan
Pada setiap komputer yang akan menggunakan Cetakan Universal, daftarkan mesin yang didaftarkan pada Azure Active Directory. Mendaftarkan Mesin pada Komputer
Untuk butiran mengenai cara mencetak menggunakan Cetakan Universal dan sistem pengendalian yang disokong, lihat laman web Microsoft.
https://docs.microsoft.com/
8KKC-04Y