Menggunakan Send Function Setting Tool (Model Disokong Sahaja) Yang Dimuat Turun

Anda boleh menggunakan Send Function Setting Tool (Model Disokong Sahaja) yang dimuat turun untuk mencari dan memulakan konfigurasi mesin secara automatik.
Persediaan Yang Diperlukan
Muat turun Send Function Setting Tool (Model Disokong Sahaja) daripada laman web Canon untuk negara/rantau anda.
https://global.canon/en/support/
Dwiklik fail yang dimuat turun untuk mengekstrak data.
1
Dalam folder Send Function Setting Tool (Model Disokong Sahaja) yang diekstrak, buka [SendSetting] [english], dan dwiklik [SendSetting.exe].
Keterangan Send Function Setting Tool (Model Disokong Sahaja) dipaparkan.
2
Klik [Next].
Jika kotak dialog untuk membatalkan tembok api Windows muncul, klik [Yes].
3
Daripada [Device List], pilih mesin dan klik [Next].
Jika mesin tidak dipaparkan dalam [Device List], klik [Search Again]. Jika mesin masih tidak dipaparkan, klik [Search by IP Address], masukkan alamat IP mesin dan kemudian klik [OK].
4
Klik [OK].
Skrin [Start Settings] bagi Send Function Setting Tool (Model Disokong Sahaja) dipaparkan.
8KKC-05C