Melindungi Rangkaian

Menyambungkan mesin ke rangkaian membolehkan anda memautkannya kepada komputer dan peranti mudah alih untuk operasi yang lebih mudah. Walau bagaimanapun, ini juga mewujudkan risiko akses yang tidak sah dan intipan melalui rangkaian ini.
Dengan mengkonfigurasi tetapan keselamatan mengikut persekitaran rangkaian anda, anda dapat mengurangkan risiko ini untuk memastikan penggunaan mesin yang lebih selamat.
Menapis Menggunakan Tetapan Tembok Api
Membenarkan komunikasi hanya dengan peranti yang mempunyai alamat IP atau alamat MAC yang khusus untuk mencegah akses yang tidak sah.
Menetapkan Tembok Api
Kawalan Port
Jika nombor port yang digunakan oleh peranti yang sedang berkomunikasi, seperti komputer atau pelayan, telah ditukar, tukarkan tetapan di mesin juga. Selain itu, jika ia adalah jelas bahawa terdapat protokol yang tidak diperlukan, penggunaan protokol ini adalah dilarang pada mesin dan port itu ditutup untuk mencegah pencerobohan dari luar.
Menukar Nombor Port
Menggunakan Pelayan Proksi
Menggunakan pelayan proksi untuk menyambungkan mesin ke rangkaian bukan sahaja memudahkan pengurusan komunikasi dengan rangkaian luar tapi menyekat akses yang tidak sah dan mengukuhkan perlindungan anti-virus untuk peningkatan keselamatan.
Menggunakan Proksi
Penyulitan Komunikasi Menggunakan TLS
Anda boleh menggunakan TLS untuk menyulitkan komunikasi apabila menggunakan UI Jarak Jauh. Ini mengurangkan intipan dan pengubahan data semasa komunikasi.
Menggunakan TLS
Penyulitan Komunikasi Menggunakan IPSec
Gunakan Keselamatan Protokol Internet (IPSec) untuk menyulitkan data di peringkat protokol IP. Ini mengurangkan risiko intipan dan pengubahan data semasa komunikasi tanpa bergantung pada konfigurasi aplikasi dan rangkaian.
Menggunakan IPSec
Menggunakan Mesin dalam Rangkaian dengan Pengesahan IEEE 802.1X
Apabila menyambungkan mesin ke rangkaian yang menggunakan pengesahan IEEE 802.1X, anda mesti mengkonfigurasi tetapan pada mesin seperti konfigurasi yang diuruskan oleh pelayan pengesahan.
Menggunakan IEEE 802.1X
Menguruskan dan Mengesahkan Kekunci dan Sijil
Anda boleh menjana kekunci dan sijil yang digunakan untuk menyulitkan komunikasi dan mendaftarkan kekunci dan sijil yang diperoleh daripada pihak berkuasa pensijilan. Dengan mengkonfigurasi tetapan untuk menyemak status pembatalan sijil (menggunakan OCSP), anda boleh menyemak untuk melihat jika sesuatu sijil yang diterima daripada pihak berkuasa pensijilan telah dibatalkan.
Menguruskan dan Mengesahkan Kekunci dan Sijil

Lihat Juga

Bagi tetapan rangkaian di persediaan, lihat yang berikut.
Mengkonfigurasikan Mesin Anda untuk Persekitaran Rangkaian Anda
8KKC-082