Teks atau Imej Menjadi Pudar
Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Sesuai?
Periksa sama ada kertas di dalam mesin boleh digunakan, dan gantikannya dengan kertas yang sesuai, sebagaimana yang diperlukan.
Kertas yang Boleh DigunakanMemuatkan KertasAdakah output imej kabur semasa anda melakukan penyalinan?
Jika ini berlaku, tetapkan [Btlkn Imej Kabur utk Penyalinn] kepada [Mod 1]. Ini boleh menyelesaikan masalah. Jika masalah berterusan, cuba [Mod 2] atau [Mod 3] secara bergiliran.
Model panel sentuhan
Skrin [Rumah] pada panel kawalan  [Menu]  [Pelarasan/Penyelenggaraan]  [Laras Kualiti Imej]  [Pemprosesan Khas]  [Btlkn Imej Kabur utk Penyalinn]  [Mod 1] |
Model LCD 5 Baris
* Apabila tetapan ini didayakan, ketumpatan cetakan mungkin berkurang.
Adakah output imej kabur semasa anda melakukan cetakan dokumen atau menerima dokumen faks?
Comot mungkin muncul pada Cetakan. Jika ini berlaku, tetapkan [Betulkn Imej Kabur] kepada [Mod 1]. Ini boleh menyelesaikan masalah. Jika masalah berterusan, cuba [Mod 2], [Mod 3], atau [Mod 4] secara bergiliran.
Model panel sentuhan
Skrin [Rumah] pada panel kawalan  [Menu]  [Pelarasan/Penyelenggaraan]  [Laras Kualiti Imej]  [Pemprosesan Khas]  [Betulkn Imej Kabur]  [Mod 1] |
Model LCD 5 Baris
* Apabila tetapan ini didayakan, kepadatan cetakan mungkin berkurangan atau kelajuan cetakan mungkin lebih perlahan.
Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Suhunya Berubah Secara Mendadak?
Perubahan suhu secara mendadak boleh menyebabkan pemeluwapan, yang boleh mengakibatkan imej dan teks menjadi pudar atau kabur. Menetapkan [Mod Pengeluaran Titisan] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
Model panel sentuhan
[Rumah] pada panel kawalan  [Menu]  [Pelarasan/Penyelenggaraan]  [Penyelenggaraan]  [Mod Pengeluaran Titisan]  [Aktif] |
Model LCD 5 Baris
* Semasa penyingkiran pemeluwapan, helaian kertas kosong mungkin dikeluarkan tanpa ia dicetak dengan betul. Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda boleh menetapkan sama ada untuk menyekat pencetakan.